Sesi webinar satu hari yang memfokuskan keusahawanan sosial dan peranan wanita dalam mempelopori bidang ini. Webinar anjuran Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) bersama Yayasan Tuanku Fauziah ini menekankan aspek keusahawanan sosial dari pelbagai sudut seperti dasar, amalan terbaik, dan perbincangan impak untuk mencetuskan idea-idea baharu dalam perniagaan disamping usaha pembangunan komuniti.
Ketahui apakah itu Sustainable Development Goals (SDG) dan Keusahawanan Sosial |
Sesi menarik bersama barisan panelis ternama |
Kupas isu dan topik wanita sebagai peneraju keusahawanan & keusahawanan sosial rentas industri |
AGENDA
MASA |
PROGRAM |
9:30 pagi |
Pendaftaran Peserta |
10:30 pagi |
Bacaan Doa |
10:35 pagi |
Ucapan Pembukaan Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Keusahawanan dan Koperasi (KUSKOP) |
10:50 pagi |
Titah Perasmian Duli Yang Teramat Mulia Tuanku Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail |
11:00 pagi |
Sesi 1: Kaitan Sustainable Development Goals (SDG) dengan Keusahawanan Sosial (Pembentangan) Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Keusahawanan dan Koperasi (KUSKOP) |
11:30 pagi |
Sesi 2: Keusahawanan Sosial Rentas Industri (Forum) Para panelis yang terdiri dari Pembuat Dasar, Usahawan Sosial dan Pembangunan Komuniti akan menghuraikan tentang peranan masing-masing dalam menjayakan usaha pembangunan komuniti melalui Keusahawanan Sosial. Peserta juga akan didedahkan dengan amalan terbaik dalam keusahawanan sosial, impak komuniti dan kepentingannya. Moderator: En. Muhd Firdaus Azharuddin (Ketua Pegawai Eksekutif, Institut Keusahawanan Negara) Panel 1: Datin Dr. Syahira Hamidon (Setiausaha Bahagian, Kementerian Pembangunan Keusahawanan dan Koperasi) Panel 2: Pn. Nurfarini Daing (Pengasas Bersama & Ketua Pegawai Eksekutif, MyHARAPAN) Panel 3: Pn. Anja Juliah Abu Bakar (Pengasas & Pengarah Impak, Athena Holdings Sdn Bhd) Panel 4: Pn. Junaida Abd Aziz (Pengarah Urusan, Noble Management and Consultancy) |
12:30 Tengahari |
Rehat |
2:30 petang |
Sesi 3: Wanita Peneraju Keusahawanan Sosial (Temu Bual) Puan Yuen akan berkongsi tentang pengalaman dan pandangan dalam membangunkan komuniti melalui perusahaan dan organisasi yang diasaskan oleh beliau. Perbezaan pendekatan dan penerima manfaat akan dibincangkan dalam sesi ini selain peranan wanita selaku pelopor dalam keusahawanan sosial di Malaysia. Presiden, Persatuan Kakiseni & Pengasas-Presiden, WOMENgirls |
3:00 Petang |
Titah Penutup Duli Yang Teramat Mulia Raja Puan Muda Perlis Tuanku Hajjah Lailatul Shahreen Akashah Khalil |
3:15 petang |
Program Selesai |
PANELIS / SPEAKER
PERTANDINGAN FOKUS & MENANG
CARA PENYERTAAN
- Individu yang berminat untuk menyertai pertandingan “Fokus dan Menang Webinar Women In Search of Excellence (WiSE) – Edisi Keusahawanan Sosial” perlu melengkapkan pendaftaran peserta di MyINSKEN;
- Para peserta perlu mengikuti sesi webinar yang akan dianjurkan pada 24 Mac 2022, bermula 9:30 pagi sehingga 3:30 petang;
- INSKEN akan memberikan 3-7 kata kunci sepanjang sesi webinar berjalan;
- Kumpulkan kesemua kata kunci yang akan diberikan sewaktu setiap sesi webinar;
- Selepas tamat sesi webinar, peserta dikehendaki emel kesemua kata kunci dan butiran berikut:
- Kata kunci
- Nama penuh
- Nombor kad pengenalan
- Nombor telefon
- Nama & akaun bank
- Emel perlu dihantar ke event@insken.gov.my;
- 5 peserta terpantas dengan jawapan yang tepat akan dipilih untuk memenangi hadiah seperti berikut:
- 1x Hadiah Utama : Xiaomi 11T Pro & 1 kad Touch ‘n Go RM10
- 4x Pemenang : RM200 & 1 kad Touch ‘n Go RM10 (setiap seorang)
- Tarikh tutup: 25 Mac 2022 (12.00 tengahari)
TERMA DAN SYARAT
- Pertandingan “Fokus dan Menang Webinar Women In Search of Excellence (WiSE) – Edisi Keusahawanan Sosial” akan tamat pada 25 Mac 2022 (12 tengahari);
- Sebarang penyertaan selepas tarikh dan waktu ini tidak akan dilayan sama sekali;
- Pemilihan pemenang akan ditentukan oleh pihak pengurusan INSKEN;
- Pemakluman pemenang akan dibuat melalui Facebook Page Institut Keusahawanan Negara;
- Tempoh untuk menyelesaikan urusan penerimaan hadiah akan mengambil masa 3 minggu selepas keseluruhan proses pertandingan tamat;
- Setiap peserta hanya layak untuk memenangi 1 hadiah sahaja sepanjang tempoh pertandingan;
- Pertandingan ini terbuka kepada peserta WiSE berumur 18 tahun ke atas KECUALI kakitangan INSKEN, BisKaunselor, Industry Coaches dan ahli keluarga;
- Peserta yang tidak melakukan pendaftaran penuh di portal MyINSKEN tidak akan dipilih sebagai pemenang;
- Sebarang keputusan adalah muktamad.
TERMA DAN SYARAT WEBINAR WiSE
- Pendaftaran webinar ini hanya boleh dibuat melalui portal MyINSKEN
- INSKEN berhak menukar sebarang maklumat program tanpa perlu memaklumkan kepada individu yang sudah atau yang belum berdaftar terlebih dahulu
- Kami boleh menggunakan maklumat peribadi yang diberikan untuk menghantar maklumat tentang program, surat berita, borang tinjauan, soal selidik pelanggan atau apa-apa maklumat yang dirasakan berkenaan dengan anda, oleh INSKEN atau pihak ketiga yang diberi kuasa oleh INSKEN, melalui WhatsApp, SMS, pos atau e-mel melainkan anda telah menyatakan bahawa anda tidak mahu menerima bahan sedemikian
Organizer
Institut Keusahawanan Negara Berhad (INSKEN)