Ingin tahu teknik rahsia untuk tingkatkan jualan anda?
Kursus ini direka khas untuk membantu memaksimumkan keuntungan anda melalui penyediaan menu yang efektif dan kreatif, dengan mengambil kira aspek psikologi pelanggan
TENAGA PENGAJAR : Tastebuds Eatery
PESERTA DAPAT MEMPELAJARI:
- Mengira kos dan margin yang tepat untuk satu hidangan
- Memikat pelanggan menggunakan aspek psikologi
- Menggunakan warna dan peralatan yang betul untuk meningkatkan selera pelanggan
MASA
Hari Pertama : 8.00 pagi sehingga 5.30 petang
Hari Kedua : 8.00 pagi sehingga 5.30 petang
YURAN LATIHAN
RM50
TERMA DAN SYARAT
- Program adalah terhad kepada 50 orang sahaja
- Pendaftaran dan pembayaran program hanya boleh dibuat melalui portal INSKEN
- Pendaftaran tanpa bayaran tidak akan dikira
- Walk-in tidak akan dilayan
- Bayaran pendaftaran (RM50) tidak akan dikembalikan sekiranya peserta gagal untuk menghadiri program
- Sebarang penukaran program melalui bayaran yang telah dibuat untuk program lain adalah tidak dibenarkan
- INSKEN berhak menukar sebarang maklumat program tanpa perlu memaklumkan kepada individu yang sudah atau yang belum berdaftar terlebih dahulu
- INSKEN tidak akan menanggung sebarang perbelanjaan, melainkan yang telah dinyatakan seperti di atas
- Kami boleh menggunakan Maklumat Peribadi yang diberikan untuk menghantar kepada anda maklumat tentang program, surat berita, borang tinjauan, soal selidik pelanggan atau apa-apa maklumat yang dirasakan berkenaan dengan anda, oleh INSKEN atau pihak ketiga yang diberi kuasa oleh INSKEN, melalui WhatsApp, SMS, pos atau e-mel melainkan anda telah menyatakan bahawa anda tidak mahu menerima bahan sedemikian
Venue
Google Meet
Organizer
Institut Keusahawanan Negara Berhad (INSKEN)