Kursus pembangunan laman web ini dirangka khas untuk memberi pendedahan dan kemahiran kepada usahawan untuk mendalami teknik membangunkan laman sesawang sendiri dan mempelajari strategi perniagaan online menggunakan konsep web seo (enjin carian web).
Usahawan perlu lebih cenderung menggunakan platform web kerana enjin carian web adalah potensi terbaik untuk pelanggan berjumpa dengan bisnes kita. Malang sekali jika pelanggan buat carian produk (yang kita jual), namun asyik berjumpa dengan laman web lain.
Kursus ini akan mengubah persepsi usahawan akan susahnya membangunkan web kepada mudahnya membangunkan web dan mencipta banyak penulisan di web untuk menjamin seo yang mantap.
PADA AKHIR PROGRAM, ANDA AKAN DAPAT :
- Menghasilkan sendiri website bisnes menggunakan Design Template Premium
- Mempraktikan teknik SEO bagi meningkatkan popularity bisnes di Google
- Pulang dengan website yang mampu menerima tempahan atau sekurangnya berupaya mengumpul database pelanggan
TENAGA PENGAJAR : Goldmind Evolution Sdn Bhd
MASA
Hari Pertama : 8.00 pagi sehingga 5.30 petang
Hari Kedua : 8.00 pagi sehingga 5.30 petang
YURAN LATIHAN
RM200
(Sudah termasuk kos latihan, penginapan dan makan&minum)
TERMA DAN SYARAT
- Program adalah terhad kepada 30 orang sahaja
- Usahawan yang sudah berpengalaman lebih dari dua (2) tahun digalakkan untuk masuk
- Pendaftaran dan pembayaran program hanya boleh dibuat melalui portal INSKEN
- Pendaftaran tanpa bayaran tidak akan dikira
- Walk-in tidak akan dilayan
- Bayaran pendaftaran (RM200) tidak akan dikembalikan sekiranya peserta gagal untuk menghadiri program
- Sebarang penukaran program melalui bayaran yang telah dibuat untuk program lain adalah tidak dibenarkan
- INSKEN berhak menukar sebarang maklumat program tanpa perlu memaklumkan kepada individu yang sudah atau yang belum berdaftar terlebih dahulu
- INSKEN tidak akan menangung sebarang perbelanjaan, melainkan yang telah dinyatakan seperti di atas
Venue
Impiana Hotel Ipoh, Jalan Raja Dr. Nazrin Shah, Ipoh, Perak, Malaysia
Organizer
Institut Keusahawanan Negara Berhad (INSKEN)