Kerap kali usahawan mengeluh apabila prospek pelanggan tidak jadi membeli. Jika ini berlaku, kos pemasaran usahawan semestinya tinggi oleh kerana kadar prospek yang positif amat berkurangan dan jumlah ‘leads’ keseluruhan tidak mencukupi. Apabila ini berlaku, usahawan secara dasarnya akan ‘memaksa’ prospek membeli dengan teknik ‘push sales’ agar dapat menampung balik kos pemasaran yang telah dibelanjakan. Prospek akhirnya tidak berminat dan akan menjauhkan diri.
Kami mensyorkan para usahawan agar mempelajari teknik seni dan sains yang efektif dalam proses memikat pelanggan sehingga menjadi pelanggan yang membeli. Proses ini adalah ‘sales conversion’ dimana jika diketahui dan diikuti dengan tepat, akan melonjakkan jualan tanpa stress.
Program selama 2-hari yang mantap ini akan memberi impak mendalam kepada para usahawan dalam mengandakan kadar jualan dan lonjakan jualan perniagaan mereka.
TENAGA PENGAJAR : Karl Consult
MASA
Hari Pertama : 8.00 pagi sehingga 5.30 petang
Hari Kedua : 8.00 pagi sehingga 5.30 petang
YURAN LATIHAN
RM200
(Sudah termasuk kos latihan, penginapan dan makan&minum)
TERMA DAN SYARAT
- Program adalah terhad kepada 30 orang sahaja
- Usahawan yang sudah berpengalaman lebih dari dua (2) tahun digalakkan untuk masuk
- Pendaftaran dan pembayaran program hanya boleh dibuat melalui portal INSKEN
- Pendaftaran tanpa bayaran tidak akan dikira
- Walk-in tidak akan dilayan
- Bayaran pendaftaran (RM200) tidak akan dikembalikan sekiranya peserta gagal untuk menghadiri program
- Sebarang penukaran program melalui bayaran yang telah dibuat untuk program lain adalah tidak dibenarkan
- INSKEN berhak menukar sebarang maklumat program tanpa perlu memaklumkan kepada individu yang sudah atau yang belum berdaftar terlebih dahulu
- INSKEN tidak akan menangung sebarang perbelanjaan, melainkan yang telah dinyatakan seperti di atas
Venue
Hotel Putra KL, Jalan Tun Razak, Titiwangsa, Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur, Malaysia
Organizer
Institut Keusahawanan Negara Berhad (INSKEN)