Kursus Asas Keusahawanan (KAK)
Program 2 hari yang direka khas untuk usahawan baharu yang ingin menceburkan diri di dalam dunia perniagaan. Dapatkan gambaran yang menyeluruh mengenai bidang keusahawanan seperti Jualan & Pemasaran, Pengurusan Pentadbiran, Pengurusan Operasi dan Pengurusan Kewangan.
Kursus Asas Keusahawanan Sosial (KAK Se)
Program 2 hari untuk usahawan permulaan yang berminat untuk menceburkan diri di dalam keusahawanan sosial. Dapatkan gambaran yang menyeluruh mengenai bidang asas pengurusan perniagaan dan pendedahan kepada elemen keusahawanan sosial.
Kursus Asas Industri
Program 3 hari ini memberikan “real-life experience” kepada individu yang ingin menceburi bisnes mengikut industri. Dilatih oleh Industry Coach, kursus asas ini menyediakan peluang kepada para peserta untuk merasai sendiri pengalaman menguruskan bisnes dalam industri.
Kursus Asas Pembangunan Produk & Servis (KAPPS)
Program 3 hari yang direka khas untuk memberi kefahaman asas secara teori & teknikal terhadap proses menghasilkan produk atau servis yang relevan dan bertahan dalam pasaran. Jom belajar rancang pembangunan produk atau servis anda sebelum bermula.