
INSKEN Bumiputera
Business Coaching (IBBC)
Sebuah program bimbingan komprehensif daripada pemain industri berpengalaman yang dipanggil Industry Coach. Program ini memberi akses kepada anda untuk belajar dan menimba pengalaman daripada Industry Coach selama 3-4 bulan. Tujuan akhirnya adalah membantu meningkatkan kemahiran anda di samping melonjak pertumbuhan dan prestasi bisnes.
Program INSKEN Mini Coaching
Program bimbingan jangka pendek selama 1-2 bulan yang padat dengan ilmu praktikal untuk membantu usahawan menguasai 4 komponen penting perniagaan bermula dari pengurusan pekerja, pembangunan produk, pemasaran sehingga pengurusan kewangan—demi mencapai kejayaan yang mampan.

BisKaunselor INSKEN
BisKaunselor ditugaskan untuk memberi khidmat perundingan perniagaan kepada usahawan mengikut kepakaran masing-masing dan bertugas secara separuh masa dan mengikut kesesuaian atau keperluan.
