Pensijilan produk merupakan elemen penting dalam pembangunan sesuatu produk. Pensijilan seperti MESTI, GMP, HACCP dan Halal akan memberi nilai tambah terhadap sesuatu produk. ia sebagai satu jaminan berkaitan kualiti dan kebersihan produk tersebut. Oleh itu, kursus ini akan memberi pendedahan asas kepada peserta berkaitan kepentingan pensijilan produk yang ingin ditawarkan serta peserta didedahkan dengan tatacara dan prosedur yang telah ditetapkan oleh badan-badan yang bertanggungjawab seperti JAKIM dan Kementerian Kesihatan Malaysia
Venue
103, Jalan Templer
Organizer
Institut Koperasi Malaysia