Pengoperasian Premis INSKEN Semasa Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB)
Selaras dengan penguatkuasaan semula Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) oleh Kerajaan Malaysia bermula pada 14 Oktober 2020, premis Institut Keusahawanan Negara (INSKEN) akan beroperasi seperti biasa.
Latihan dan program secara fizikal di negeri Selangor, WP Kuala Lumpur, WP Putrajaya, Sabah dan Sarawak akan ditangguhkan atas faktor keselamatan dan kesihatan sehingga situasi COVID-19 dalam negara bertambah baik. Walau bagaimanapun, kami akan terus menganjurkan program dan kelas latihan secara atas talian sepanjang tempoh PKPB.
PROGRAM YANG DITUNDA
- INSKEN Business Coaching (IBC) Engagement Session;
- Kursus Asas Keusahawanan Social Enterprise (KAK SE) Sabah dan Sarawak;
- Special English Enhancement & Development (SEED) Group B, 23-25 Oktober 2020;
- Accounting Digital Program (ADP) – Group D, 23- 25 Oktober 2020;
- Program-program yang akan diadakan di Sabah dan Sarawak.
PERTUKARAN MOD LATIHAN DAN KELAS FIZIKAL KE ATAS TALIAN (ONLINE):
- KAK SE (Zon Tengah: Selangor), 17-18 Oktober 2020;
- KAK SE (Zon Selatan: Johor Bahru), 24-25 Oktober 2020;
- KAK SE (Zon Utara: Penang), 24-25 Oktober 2020;
- KAK SE (Zon Pantai Timur: Kota Bharu), 07-08 November 2020.
HAD KAPASITI BAGI KELAS-KELAS FIZIKAL DAN ATAS TALIAN (ONLINE)
- Setiap sesi latihan secara fizikal terhad kepada 30 orang peserta sahaja;
- Setiap sesi latihan secara atas talian terhad kepada 50 orang peserta sahaja.
Sila layari laman sesawang rasmi (www.insken.gov.my) dan platform media sosial (@inskenofficial) untuk mendapatkan maklumat terkini status latihan dan program. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau ingin mendapatkan maklumat lanjut, sila hubungi kami melalui emel insken@insken.gov.my atau klik pautan berikut: