‘Inbound Marketing’ adalah teknik pemasaran untuk menarik pelanggan serta mengenali produk dan perkhidmatan melalui beberapa kaedah seperti ‘Content Marketing’, penggunaan media sosial, ‘Search Engine Optimization (SEO)’ dan penjenamaan produk/servis.
‘Outbound Marketing’ pula merujuk kepada apa-apa jenis pemasaran di mana sebuah syarikat memperkenalkan sesuatu produk dan mula menyebarkan mengenai nilai, kebaikan, penggunaan dan keberkesanan tersebut kepada orang ramai.
Program ini akan membantu peserta memahami cara untuk menggunakan strategi ‘Inbound Marketing’ dan ‘Outbound Marketing’ untuk meningkatkan keuntungan dalam perniagaan.
YURAN LATIHAN
RM50
TERMA DAN SYARAT
- Program adalah terhad kepada 50 orang sahaja
- Pendaftaran dan pembayaran program hanya boleh dibuat melalui portal INSKEN
- Bayaran pendaftaran (RM50) tidak akan dikembalikan sekiranya peserta gagal untuk menghadiri program
- Sebarang penukaran program melalui bayaran yang telah dibuat untuk program lain adalah tidak dibenarkan
- INSKEN tidak akan menanggung sebarang perbelanjaan, melainkan yang telah dinyatakan seperti di atas
- Kami boleh menggunakan Maklumat Peribadi yang diberikan untuk menghantar kepada anda maklumat tentang program, surat berita, borang tinjauan, soal selidik pelanggan atau apa-apa maklumat yang dirasakan berkenaan dengan anda, oleh INSKEN atau pihak ketiga yang diberi kuasa oleh INSKEN, melalui WhatsApp, SMS, pos atau e-mel melainkan anda telah menyatakan bahawa anda tidak mahu menerima bahan sedemikian
Venue
Google Meet
Organizer
Institut Keusahawanan Negara Berhad (INSKEN)