Kursus ini bertujuan untuk memberi pendedahan dan kemahiran kepada para peserta dalam membina sebuah saluran YouTube khusus bagi pemasaran perniagaan mereka. Dengan menggunakan medium YouTube ini, ia dapat memaksimumkan pendapatan perniagaan yang dijalankan oleh para peserta, sekaligus dapat mengembangkan jenama produk dan perkhidmatan yang ditawarkan.
- Mencipta dan membina sebuah saluran YouTube khusus untuk produk dan perkhidmatan yang ditawarkan
- Mempraktikan teknik bagaimana untuk meletakkan saluran YouTube pada enjin carian utama dengan menggunakan SEO (Search Engine Optimization), serta menerapkan faktor-faktor yang mempengaruhi kedudukan carian
- Memuat naik video dan iklan yang dihasilkan di YouTube
- Menghasilkan tajuk video dan gambar thumbnail yang tepat dan ideal
- Membuat siaran langsung di YouTube dengan menggunakan kaedah yang betul
- Mengaplikasikan teknik penjanaan pendapatan melalui saluran YouTube
- Menganalisis dan menggunakan YouTube Analytics untuk meningkatkan kualiti saluran dan teknik pemasaran
MASA
Hari Pertama : 8.00 pagi sehingga 5.30 petang
Hari Kedua : 8.00 pagi sehingga 5.30 petang
YURAN LATIHAN
RM50
TERMA DAN SYARAT
- Program adalah terhad kepada 50 orang sahaja
- Pendaftaran dan pembayaran program hanya boleh dibuat melalui portal INSKEN
- Pendaftaran tanpa bayaran tidak akan dikira
- Walk-in tidak akan dilayan
- Bayaran pendaftaran (RM50) tidak akan dikembalikan sekiranya peserta gagal untuk menghadiri program
- Sebarang penukaran program melalui bayaran yang telah dibuat untuk program lain adalah tidak dibenarkan
- INSKEN berhak menukar sebarang maklumat program tanpa perlu memaklumkan kepada individu yang sudah atau yang belum berdaftar terlebih dahulu
- INSKEN tidak akan menanggung sebarang perbelanjaan, melainkan yang telah dinyatakan seperti di atas
- Kami boleh menggunakan Maklumat Peribadi yang diberikan untuk menghantar kepada anda maklumat tentang program, surat berita, borang tinjauan, soal selidik pelanggan atau apa-apa maklumat yang dirasakan berkenaan dengan anda, oleh INSKEN atau pihak ketiga yang diberi kuasa oleh INSKEN, melalui WhatsApp, SMS, pos atau e-mel melainkan anda telah menyatakan bahawa anda tidak mahu menerima bahan sedemikian
Venue
Google Meet
Organizer
Institut Keusahawanan Negara Berhad (INSKEN)