‘Inbound Marketing’ adalah teknik pemasaran untuk menarik pelanggan serta mengenali produk dan perkhidmatan melalui beberapa kaedah seperti ‘Content Marketing’, penggunaan media sosial, ‘Search Engine Optimization (SEO)’ dan penjenamaan produk/servis.
‘Outbound Marketing’ pula merujuk kepada apa-apa jenis pemasaran di mana sebuah syarikat memperkenalkan sesuatu produk dan mula menyebarkan mengenai nilai, kebaikan, penggunaan dan keberkesanan tersebut kepada orang ramai.
Program ini akan membantu peserta memahami cara untuk menggunakan strategi ‘Inbound Marketing’ dan ‘Outbound Marketing’ untuk meningkatkan keuntungan dalam perniagaan.
Program ini juga akan dipenuhi dengan sesi-sesi pembelajaran yang interaktif seperti ,sesi perbincangan, simulasi, penilaian, dan maklumbalas. Pada awal program , tenaga pengajar akan membincangkan berkenaan prinsip pemasaran secara menyeluruh. Selepas itu,peserta akan mempelajari kaedah-kaedah pemasaran menggunakan teknik simulasi bersama rakan-rakan usahawan yang lain.
MASA
Hari Pertama : 8.00 pagi sehingga 5.30 petang
Hari Kedua : 8.00 pagi sehingga 5.30 petang
YURAN LATIHAN
RM200
(Sudah termasuk kos latihan, penginapan, makan&minum)
TERMA DAN SYARAT
- Program adalah terhad kepada 30 orang sahaja
- Usahawan yang sudah berpengalaman lebih dari dua (2) tahun digalakkan untuk masuk
- Pendaftaran dan pembayaran program hanya boleh dibuat melalui portal INSKEN
- Pendaftaran tanpa bayaran tidak akan dikira
- Walk-in tidak akan dilayan
- Bayaran pendaftaran (RM200) tidak akan dikembalikan sekiranya peserta gagal untuk menghadiri program
- Sebarang penukaran program melalui bayaran yang telah dibuat untuk program lain adalah tidak dibenarkan
- INSKEN berhak menukar sebarang maklumat program tanpa perlu memaklumkan kepada individu yang sudah atau yang belum berdaftar terlebih dahulu
- INSKEN tidak akan menangung sebarang perbelanjaan, melainkan yang telah dinyatakan seperti di atas
- INSKEN boleh menggunakan Maklumat Peribadi yang diberikan untuk menghantar kepada anda maklumat tentang program, surat berita, borang tinjauan, soal selidik pelanggan atau apa-apa maklumat yang dirasakan berkenaan dengan anda, oleh INSKEN atau pihak ketiga yang diberi kuasa oleh INSKEN, melalui WhatsApp, SMS, pos atau e-mel melainkan anda telah menyatakan bahawa anda tidak mahu menerima bahan sedemikian
Venue
Kuala Terengganu, Terengganu, Malaysia
Organizer
Institut Keusahawanan Negara Berhad (INSKEN)