Program ini merupakan bengkel untuk individu untuk mempelajari cara menjalankan tinjauan pasaran. Peserta akan mempelajari teori analisis pasaran serta melakukan aktiviti secara praktikal di kawasan terpilih. Peserta akan menterjemah, menganalisis kesesuaian produk di sesuatu kawasan dan mencipta produk/ membaik pulih produk mereka kepada keperluan pengguna. Ini adalah untuk memastikan produk usahawan bersesuaian dengan cita rasa rakyat Malaysia.
PESERTA DAPAT MEMPELAJARI:
-
Memahami kepentingan menjalankan penyelidikan dan analisis pasaran.
-
Pendekatan dan langkah-langkah untuk menjalankan penyelidikan pasaran dengan mengenal pasti objektif tinjauan, sasaran pasaran dan pesaing analisis.
-
Teknik menjalankan tinjauan pasaran secara langsung menggunakan alat dan metodologi yang dipelajari di dalam kelas.
- Menggunakan SWOT analisis untuk mengenalpasti kaitan antara pasaran dan pesaing dalam perniagaan mereka.
- Peserta dapat mengukuhkan asas teras perniagaan mereka bagi untuk asas perniagaan yang berkesan dan kukuh.
LEVEL |
KELAS FIZIKAL Melaka |
YURAN LATIHAN |
TERMA DAN SYARAT
- Program adalah terhad kepada 30 orang sahaja
- Pendaftaran dan pembayaran program hanya boleh dibuat melalui portal MyINSKEN
- Pendaftaran tanpa bayaran tidak akan dikira
- Bayaran pendaftaran (RM250) tidak akan dikembalikan sekiranya peserta gagal untuk menghadiri program
- Sebarang penukaran program melalui bayaran yang telah dibuat untuk program lain adalah tidak dibenarkan
- INSKEN berhak menukar sebarang maklumat program tanpa perlu memaklumkan kepada individu yang sudah atau yang belum berdaftar terlebih dahulu
- INSKEN tidak akan menanggung sebarang perbelanjaan, melainkan yang telah dinyatakan seperti di atas
- Kami boleh menggunakan Maklumat Peribadi yang diberikan untuk menghantar kepada anda maklumat tentang program, surat berita, borang tinjauan, soal selidik pelanggan atau apa-apa maklumat yang dirasakan berkenaan dengan anda, oleh INSKEN atau pihak ketiga yang diberi kuasa oleh INSKEN, melalui WhatsApp, SMS, pos atau e-mel melainkan anda telah menyatakan bahawa anda tidak mahu menerima bahan sedemikian
Organizer
Institut Keusahawanan Negara Berhad (INSKEN)