Kursus ini dapat memberikan teknik yang tepat tentang cara menghasilkan video pemasaran dan promosi untuk para usahawan dengan hanya menggunakan telefon pintar. Dari proses merancang penceritaan, merakam, edit dan akhirnya ‘share’ di media sosial. Tujuan utama adalah untuk mereka memasarkan produk dan perkhidmatan mereka melalui platform atas talian dan media sosial.
APA YANG AKAN ADA DAPAT SELEPAS MENGHADIRI KURSUS INI
- Pembuatan video menggunakan telefon pintar dapat mengurangkan kos yang banyak dari segi kos produksi video
- Memberi pendedahan kepada peserta untuk menghasilkan video pemasaran di media sosial
- Peserta akan dapat menghasilkan video dalam tempoh yang singkat kerana 100% pembikinannya menggunakan telefon pintar sahaja
MASA
Hari Pertama : 8.00 pagi sehingga 5.30 petang
Hari Kedua : 8.00 pagi sehingga 5.30 petang
YURAN LATIHAN
RM200
(Sudah termasuk kos latihan, penginapan dan makan&minum)
TERMA DAN SYARAT
- Program adalah terhad kepada 30 orang sahaja
- Usahawan yang sudah berpengalaman lebih dari dua (2) tahun digalakkan untuk masuk
- Pendaftaran dan pembayaran program hanya boleh dibuat melalui portal INSKEN
- Pendaftaran tanpa bayaran tidak akan dikira
- Walk-in tidak akan dilayan
- Bayaran pendaftaran (RM200) tidak akan dikembalikan sekiranya peserta gagal untuk menghadiri program
- Sebarang penukaran program melalui bayaran yang telah dibuat untuk program lain adalah tidak dibenarkan
- INSKEN berhak menukar sebarang maklumat program tanpa perlu memaklumkan kepada individu yang sudah atau yang belum berdaftar terlebih dahulu
- INSKEN tidak akan menangung sebarang perbelanjaan, melainkan yang telah dinyatakan seperti di atas
- Kami boleh menggunakan Maklumat Peribadi yang diberikan untuk menghantar kepada anda maklumat tentang program, surat berita, borang tinjauan, soal selidik pelanggan atau apa-apa maklumat yang dirasakan berkenaan dengan anda, oleh INSKEN atau pihak ketiga yang diberi kuasa oleh INSKEN, melalui WhatsApp, SMS, pos atau e-mel melainkan anda telah menyatakan bahawa anda tidak mahu menerima bahan sedemikian
Venue
Kuching, Sarawak, Malaysia
Organizer
Institut Keusahawanan Negara Berhad (INSKEN)