Mengenai INSKEN
INSKEN merupakan sebuah agensi di bawah naungan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) yang menawarkan inisiatif pembangunan kapasiti usahawan melalui program-program latihan dan bimbingan.
INSKEN memastikan program-program yang dianjurkan adalah berdasarkan keperluan dan permintaan industri dengan kerjasama pengamal industri, profesional dan agensi-agensi kerajaan bagi memantapkan ekosistem keusahawanan negara.
“Membangun Usahawan MADANI”
Perutusan Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah
Sesungguhnya Institut Keusahawanan Negara (INSKEN) sebagai suatu entiti di bawah naungan Kerajaan Malaysia melalui Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) bertekad untuk menggerakkan semaraknya semangat dan ekosistem keusahawanan, melakar ke tahap global namun berakar lokal. Ini dapat dilakukan dengan mengukuhkan ekosistem pembangunan usahawan, kolaborasi pelbagai pihak, meningkatkan daya tahan dan daya saing usahawan serta menjadi pemangkin ekonomi manusiawi negara.
Wawasan pembangunan negara terkini atas nama Malaysia MADANI sesungguhnya menghimbau kepada suatu penghayatan nilai yang menekankan kemampanan, kesejahteraan, daya cipta, hormat, keyakinan dan ihsan. Ia semestinya diterjemahkan dalam ekosistem keusahawanan semasa.
Bagi menyahut wawasan negara, INSKEN menjadikan moto Membangun Usahawan MADANI sebagai idea pendorong (driving ideas) membangunkan usahawan.
Sejumlah gerakerja baharu seumpama Kempen Saya Usahawan MADANI (SAMA), pembinaan rangkaian bisnes antarabangsa dan pengukuhan alumni INSKEN sedang diusahakan, disamping kemaskini program sedia ada.
Budaya kerja INSKEN yang menekankan elemen sinergi, kolaborasi, itqan, kepemimpinan berhikmah, minda madani, keusahawanan suatu ibadah akan terus dimantapkan.
“Penduduk desa gigih bertani,
Di tepi bendang menjamu selera,
INSKEN Membangun Usahawan MADANI,
Demi menyahut wawasan Negara”
Tuan Haji Mustaffa Kamil Ayub
Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah
Institut Keusahawanan Negara Berhad
Visi
Misi
Lembaga Pemegang Amanah
YBrs. Tuan Haji Mustaffa Kamil Bin Ayub Pengerusi