Rasa produk anda sudah bersedia untuk tembusi pasaran antarabangsa? Sesi kali ini menampilkan Tuan Norizan Bin Sharif (NOBISHA), seorang tokoh berpengalaman dalam dunia keusahawanan. Dengar sendiri pengalaman beliau “berkelana” ke Amerika Utara mencari peluang perniagaan di sana.
• Pengenalan pasaran Amerika Utara
• Kenal pasti trend pengguna, buying behavior, dan saluran pemasaran di Amerika Utara
• Dapatkan pengetahuan asas mengenai Basic Regulatory Requirements untuk memasuki pasaran Amerika Utara
MASA
2:00pm – 4:00pm : Masterclass Session
4:00pm – 5:00pm : Hi-Tea & Networking Session
YURAN LATIHAN
RM50
(Sudah termasuk kos latihan dan makan&minum)
TERMA DAN SYARAT
- Program adalah terhad kepada 50 orang sahaja
- Pendaftaran dan pembayaran program hanya boleh dibuat melalui portal INSKEN
- Pendaftaran tanpa bayaran tidak akan dikira
- Walk-in tidak akan dilayan
- Bayaran pendaftaran (RM50) tidak akan dikembalikan sekiranya peserta gagal untuk menghadiri program
- Sebarang penukaran program melalui bayaran yang telah dibuat untuk program lain adalah tidak dibenarkan
- INSKEN berhak menukar sebarang maklumat program tanpa perlu memaklumkan kepada individu yang sudah atau yang belum berdaftar terlebih dahulu
- INSKEN tidak akan menangung sebarang perbelanjaan, melainkan yang telah dinyatakan seperti di atas
- Kami boleh menggunakan Maklumat Peribadi yang diberikan untuk menghantar kepada anda maklumat tentang program, surat berita, borang tinjauan, soal selidik pelanggan atau apa-apa maklumat yang dirasakan berkenaan dengan anda, oleh INSKEN atau pihak ketiga yang diberi kuasa oleh INSKEN, melalui WhatsApp, SMS, pos atau e-mel melainkan anda telah menyatakan bahawa anda tidak mahu menerima bahan sedemikian
Venue
TH Hotel & Convention Centre Terengganu, Jalan Lapangan Terbang, Kampung Telaga Batin, Kuala Terengganu, Terengganu, Malaysia
Organizer
Institut Keusahawanan Negara Berhad (INSKEN)