Ketahui Cara Yang Betul Untuk Rancang Pembangunan Produk & Servis
Program 3 hari yang direka khas untuk memberi kefahaman asas secara teori & teknikal terhadap proses menghasilkan produk atau servis yang relevan dan bertahan dalam pasaran.
Pelajari Proses Sebenar Pembangunan atau Penambahbaikan Produk & Servis
Pengenalan 6 Komponen Penting Pembangunan Produk & Servis
Merangkumi Kajian Pasaran, Validasi Pasaran, Prototaip, Pengeluaran, Pengkomersilan & Kitar Hayat Produk
Perkongsian Tips & Teknik Perancangan Pembangunan Produk Yang Betul
Tips untuk merancang, membangun dan mengembangkan produk atau servis termasuk teknik pengiraan kos dan penetapan harga
Templat dan Penyediaan Kanvas Asas Pembangunan Produk & Servis
Pelajari cara yang tepat menghasilkan Kanvas Asas Pembangunan Produk & Servis dan seterusnya mempunyai keyakinan untuk membangunkan produk atau servis
Hanya RM 300!
Yuran termasuk kos Latihan, PERCUMA t-shirt INSKEN, penginapan, makanan dan minuman di sepanjang program
Apakah Pengisian Kursus Ini?
Pendedahan kaedah menjalankan aktiviti kajian pasaran berdasarkan trend semasa, maklum balas pelanggan dan data yang diperolehi
Langkah-langkah dan proses validasi pasaran
Pembangunan sampel produk berdasarkan keperluan pasaran dan membina identiti produk atau servis
Mengenalpasti kaedah pengiraan kos pengeluaran dan strategi penetapan harga
Panduan produk dalam pasaran berdasarkan sasaran kumpulan pelanggan
Memahami kepentingan memastikan kitaran hayat produk / servis bagi menyusun strategi untuk membangunkan produk / servis baharu.
Siapa Perlu Hadir?
Terbuka kepada bakal usahawan atau usahawan yang ingin membangunkan, menyemak semula atau menambahbaik produk / servis sedia ada
APA KATA ALUMNI KURSUS INI?
Analisa saya upgrade daripada segi produk lebih stylis dan exclusive. Lepastu idea dan solusi kita dapat daripada kelas ni, kami cuba target dengan kuantiti pula, Alhamdulillah teori menjadi. Alhamdulillah ada job yang exclusive ni, lagi laju sale.
Mohd Wahidin Bin Abdul Rahman
Peserta Kursus Asas Pembangunan Produk & Servis 2023
Perniagaan Perkhidmatan Kanopi / Event Planner | Pasir Gudang, Johor
Saya letakkan pakej untuk 3 kali rawatan merangkumi hari pertama urutan saraf untuk lembutkan saraf dan lancarkan darah, hari kedua pembetulan tulang dan urutan terapi, hari ketiga urutan saraf dan herba-herba yang sesuai untuk saraf. Sebelum ini saya tidak buat pakej jadi satu kali sahaja pelanggan urut. Bila buat pakej dapat 3 kali rawatan.
Zaid Bin Che Halim
Peserta Kursus Asas Pembangunan Produk & Servis 2023
Perniagaan Perkhidmatan Urutan | Pekan, Pahang