Kursus ini bertujuan untuk mengajar peserta secara maya (virtual), bagaimana ingin menguruskan bisnes bakeri dari rumah (home-based bakery) selain membekalkan ilmu yang relevan selaras dengan cabaran & trend semasa. Peserta akan dibimbing oleh pemain industri bagi memperkasa perniagaan serta mengasah potensi usahawan.
KOMPONEN LATIHAN:
- Sesi perkongsian aktiviti industri secara maya
- Latihan asas industri & tips bisnes
- LIVE demonstration & pameran aktiviti berkaitan industri
PESERTA AKAN MEMPELAJARI:
-
Tips dan amalan terbaik industri
-
Bakery business standard & guideline
-
Kos & peralatan asas permulaan perniagaan
-
LIVE demonstration resipi ringkas untuk peserta yang boleh digunakan untuk jualan
-
Teknik pemasaran dalam 10km radius
-
Pengurusan kewangan bisnes
YURAN LATIHAN
RM100
TERMA DAN SYARAT
- Individu yang sudah mula berniaga digalakkan untuk turut serta
- Program adalah terhad kepada 30 orang sahaja
- Pendaftaran dan pembayaran program hanya boleh dibuat melalui portal INSKEN
- Pendaftaran tanpa bayaran tidak akan dikira
- Bayaran pendaftaran (RM100) tidak akan dikembalikan sekiranya peserta gagal untuk menghadiri program
- Sebarang penukaran program melalui bayaran yang telah dibuat untuk program lain adalah tidak dibenarkan
- INSKEN berhak menukar sebarang maklumat program tanpa perlu memaklumkan kepada individu yang sudah atau yang belum berdaftar terlebih dahulu
- INSKEN tidak akan menanggung sebarang perbelanjaan, melainkan yang telah dinyatakan seperti di atas
- Kami boleh menggunakan Maklumat Peribadi yang diberikan untuk menghantar kepada anda maklumat tentang program, surat berita, borang tinjauan, soal selidik pelanggan atau apa-apa maklumat yang dirasakan berkenaan dengan anda, oleh INSKEN atau pihak ketiga yang diberi kuasa oleh INSKEN, melalui WhatsApp, SMS, pos atau e-mel melainkan anda telah menyatakan bahawa anda tidak mahu menerima bahan sedemikian
Venue
Google Meet
Organizer
Institut Keusahawanan Negara Berhad (INSKEN)