Banyak restoran yang dibuka, banyak juga yang terpaksa ditutup kerana kerugian. Keuntungan tidak diperolehi kerana menu yang tidak strategik. Salah strategi dalam penyediaan menu akan menyebabkan pemilik restoran mengalami kerugian besar. Strategi dalam penyediaan menu bermula dari proses membuat keputusan penyediaan menu hinggalah kepada persembahan buku menu kepada pelanggan. Dalam kejuruteraan menu, pelanggan dipandu untuk memilih menu, yang mana menu yang dipilih sudah pasti akan menyumbang kepada jualan. Pilihan ini kritikal kepada daya tahan perniagaan. Sebagai contoh, jika ramai pelanggan memilih menu yang paling tinggi margin, besarlah keuntungan restoran. Maka pengusaha restoran perlu tahu bagaimana untuk memandu pelanggan-pelanggan agar mereka memilih menu yang akan memberikan keuntungan tinggi. Dalam kursus ini, peserta akan membuat kiraan kos untuk setiap menu, memutuskan untuk mengekalkan atau mengeluarkan sesuatu menu, mereka bentuk hidangan agar menarik, memposisikan menu dan akhirnya menyediakan sebuah buku menu yang akan memberi keuntungan kepada perniagaan.
Kursus ini dikendalikan secara bengkel. Setiap peserta perlu membuat semua aktiviti sepertimana keadaan sebenar di restoran. Template dan formula pengiraan disediakan buat semua peserta. Template dan formula ini boleh terus digunakan oleh peserta dalam pengurusan perniagaan F&B masing-masing.
TENAGA PENGAJAR : Tastebuds
MASA
Hari Pertama : 8.00 pagi sehingga 5.30 petang
Hari Kedua : 8.00 pagi sehingga 5.30 petang
YURAN LATIHAN
RM200
(Sudah termasuk kos latihan, penginapan dan makan&minum)
TERMA DAN SYARAT
- Program adalah terhad kepada 30 orang sahaja
- Usahawan yang sudah berpengalaman lebih dari dua (2) tahun digalakkan untuk masuk
- Pendaftaran dan pembayaran program hanya boleh dibuat melalui portal INSKEN
- Pendaftaran tanpa bayaran tidak akan dikira
- Walk-in tidak akan dilayan
- Bayaran pendaftaran (RM200) tidak akan dikembalikan sekiranya peserta gagal untuk menghadiri program
- Sebarang penukaran program melalui bayaran yang telah dibuat untuk program lain adalah tidak dibenarkan
- INSKEN berhak menukar sebarang maklumat program tanpa perlu memaklumkan kepada individu yang sudah atau yang belum berdaftar terlebih dahulu
- INSKEN tidak akan menangung sebarang perbelanjaan, melainkan yang telah dinyatakan seperti di atas
Venue
Kedah, Malaysia
Organizer
Institut Keusahawanan Negara Berhad (INSKEN)