Kursus asas selama 2 hari ini direka khas untuk individu yang ingin mendapatkan gambaran keseluruhan mengenai keusahawanan sosial (social enterprise).
Social enterprise adalah sebuah entiti perniagaan yang proaktif dalam mewujudkan kesan sosial atau persekitaran yang positif. Selain menjana pendapatan, social enterprise fokus membantu golongan yang memerlukan seperti komuniti kelainan upaya & miskin bandar bagi meneruskan kelangsungan hidup mereka.
LEVEL |
TEMPAT Kota Kinabalu, Sabah |
TENTANG PROGRAM
- Perkongsian Menyeluruh Bermula Akar Umbi Perniagaan Termasuk Elemen Keusahawanan Sosial
- Dapatkan gambaran yang menyeluruh mengenai bidang keusahawanan seperti Jualan & Pemasaran, Pengurusan Pentadbiran, Pengurusan Operasi, Pengurusan Kewangan, Penakrifan, Matlamat dan Pengukuran Impak Keusahawanan Sosial.
- Templat dan Penyediaan Model Perniagaan
- Pelajari cara yang tepat mencipta Social Business Model Canvas (SBMC) perniagaan serta hasilkan Rancangan Perniagaan secara komprehensif dan sedia untuk digunakan.
- Buku Panduan Asas Usahawan (PadU)
- PERCUMA Buku PadU INSKEN berteraskan ilmu asas keusahawanan yang bertindak untuk membantu usahawan baharu, serta berfungsi sebagai rujukan teras kepada usahawan berpengalaman.
- Ujian Psikometrik Usahawan Nasional (MyNEPT)
- Akses PERCUMA MyNept bertujuan untuk mengenali ciri-ciri keusahawanan diri berbanding dengan usahawan lain di peringkat tempatan dan global.
- Yuran termasuk kos latihan, PERCUMA t-shirt INSKEN, penginapan, makanan dan minuman di sepanjang program.
PENGISIAN:
- Business Model Canvas
- Jualan & Pemasaran (Asas)
- Pengurusan Kewangan (Asas)
- Penyediaan Rancangan Perniagaan (Asas)
- Perundangan Perniagaan (Asas)
- Operasi Perusahaan Sosial
- Pengukuran Impak Sosial
- Ujian Personaliti Usahawan
SIAPA PERLU HADIR?
- Terbuka kepada semua usahawan dan bakal usahawan yang ingin membuka perniagaan.
Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut boleh emel kami di insken@insken.gov.my
TERMA DAN SYARAT
- Program adalah terhad kepada 30 orang sahaja
- Pendaftaran tanpa bayaran tidak akan dikira
- Bayaran pendaftaran tidak akan dikembalikan sekiranya peserta gagal untuk menghadiri program
- Sebarang penukaran program melalui bayaran yang telah dibuat untuk program lain adalah tidak dibenarkan
- INSKEN berhak menukar sebarang maklumat program tanpa perlu memaklumkan kepada individu yang sudah atau yang belum berdaftar terlebih dahulu
- INSKEN tidak akan menanggung sebarang perbelanjaan, melainkan yang telah dinyatakan
- Kami boleh menggunakan Maklumat Peribadi yang diberikan untuk menghantar kepada anda maklumat tentang program, surat berita, borang tinjauan, soal selidik pelanggan atau apa-apa maklumat yang dirasakan berkenaan dengan anda, oleh INSKEN atau pihak ketiga yang diberi kuasa oleh INSKEN, melalui WhatsApp, SMS, pos atau e-mel melainkan anda telah menyatakan bahawa anda tidak mahu menerima bahan sedemikian
Organizer
Institut Keusahawanan Negara Berhad (INSKEN)