Kursus asas selama 2 hari ini direka khas untuk individu yang ingin mendapatkan gambaran keseluruhan mengenai keusahawanan sosial (social enterprise).
Social enterprise adalah sebuah entiti perniagaan yang proaktif dalam mewujudkan kesan sosial atau persekitaran yang positif. Selain menjana pendapatan, social enterprise fokus membantu golongan yang memerlukan seperti komuniti kelainan upaya & miskin bandar bagi meneruskan kelangsungan hidup mereka.
PENGISIAN
- Business Model Canvas (BMC)
- Jualan dan pemasaran (Asas)
- Pengurusan kewangan (Asas)
- Penyediaan rancangan perniagaan (Asas)
- Perundangan perniagaan (Asas)
- Operasi perusahaan sosial
- Pengukuran Impak Sosial
- Ujian personaliti usahawan
LEVEL |
MOD KELAS Atas Talian Melalui Google Meet |
YURAN LATIHAN RM100 |
TERMA DAN SYARAT
- Program adalah terhad kepada 50 orang sahaja
- Pendaftaran dan pembayaran program hanya boleh dibuat melalui portal MyINSKEN
- Pendaftaran tanpa bayaran tidak akan dikira
- Bayaran pendaftaran (RM100) tidak akan dikembalikan sekiranya peserta gagal untuk menghadiri program
- Sebarang penukaran program melalui bayaran yang telah dibuat untuk program lain adalah tidak dibenarkan
- INSKEN berhak menukar sebarang maklumat program tanpa perlu memaklumkan kepada individu yang sudah atau yang belum berdaftar terlebih dahulu
- INSKEN tidak akan menanggung sebarang perbelanjaan, melainkan yang telah dinyatakan seperti di atas
- Kami boleh menggunakan Maklumat Peribadi yang diberikan untuk menghantar kepada anda maklumat tentang program, surat berita, borang tinjauan, soal selidik pelanggan atau apa-apa maklumat yang dirasakan berkenaan dengan anda, oleh INSKEN atau pihak ketiga yang diberi kuasa oleh INSKEN, melalui WhatsApp, SMS, pos atau e-mel melainkan anda telah menyatakan bahawa anda tidak mahu menerima bahan sedemikian
Organizer
Institut Keusahawanan Negara Berhad (INSKEN)