Program asas ini direka khas untuk individu yang ingin menceburkan diri dalam bidang keusahawanan. Sesuai untuk bakal usahawan bagi mendapatkan gambaran keseluruhan mengenai alam perniagaan.
LEVEL |
TEMPAT Lembah Klang |
YURAN LATIHAN |
TENTANG PROGRAM
- Perkongsian Menyeluruh Bermula Daripada Akar Umbi Perniagaan
- Dapatkan gambaran yang menyeluruh mengenai bidang keusahawanan seperti Jualan & Pemasaran, Pengurusan Pentadbiran, Pengurusan Operasi dan Pengurusan Kewangan.
- Templat dan Penyediaan Model Perniagaan
- Pelajari cara yang tepat mencipta Business Model Canvas (BMC) perniagaan serta hasilkan Rancangan Perniagaan secara komprehensif dan sedia untuk digunakan.
- Buku Panduan Asas Usahawan (PadU)
- PERCUMA Buku PadU INSKEN berteraskan ilmu asas keusahawanan yang bertindak untuk membantu usahawan baharu, serta berfungsi sebagai rujukan teras kepada usahawan berpengalaman.
- Ujian Psikometrik Usahawan Nasional (MyNEPT)
- Akses PERCUMA MyNept bertujuan untuk mengenali ciri-ciri keusahawanan diri berbanding dengan usahawan lain di peringkat tempatan dan global.
- Hanya RM 300!
- Yuran termasuk kos latihan, PERCUMA t-shirt INSKEN, penginapan, makanan dan minuman di sepanjang program.
APA YANG ANDA DAPAT PELAJARI?
Pendedahan komprehensif mengenai proses dan prosedur memulakan perniagaan melalui 6 modul berikut:
- Penetapan Minda Usahawan
- Cara Memulakan Perniagaan
- Business Model Canvas (BMC) dan Rancangan Perniagaan
- Pengurusan Perniagaan & Pentadbiran Organisasi
- Pengurusan Kewangan
- Pemasaran Online dan Offline
SIAPA PERLU HADIR
- Terbuka kepada semua usahawan dan bakal usahawan yang ingin membuka perniagaan.
Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut boleh emel kami di insken@insken.gov.my
Sebenarnya saya dalam bidang kafe & restoran sudah 4 tahun, jadi kita boleh refresh semula balik semua benda. Makin lama bisnes struktur itu berubah berdasarkan kehendak semasa. Jadi program ini boleh membantu saya selarikan dengan kehendak semasa dan dalam masa yang sama, kita boleh memperbanyakkan lagi hubungan kita.
Ikhwan Hanif
Pemilik Perniagaan Kafe & Restoran
Peserta Kursus Asas Keusahawanan (KAK), Bangi Selangor
Kursus Asas Keusahawanan ini saya nampak ia memberi bird’s eye view, tentang apa yang kita perlu rancang untuk kita jalankan bisnes. Jadi amat bermakna dan membantu saya untuk mengembangkan bisnes dan menceburi bidang baharu iaitu saya ingin membuka klinik pediatrik.
Dr Fazlina Abdul Aziz
Pakar Pediatrik
Peserta Kursus Asas Keusahawanan (KAK)
TERMA DAN SYARAT
- Program adalah terhad kepada 30 orang sahaja
- Pendaftaran tanpa bayaran tidak akan dikira
- Bayaran pendaftaran (RM300) tidak akan dikembalikan sekiranya peserta gagal untuk menghadiri program
- Sebarang penukaran program melalui bayaran yang telah dibuat untuk program lain adalah tidak dibenarkan
- INSKEN berhak menukar sebarang maklumat program tanpa perlu memaklumkan kepada individu yang sudah atau yang belum berdaftar terlebih dahulu
- INSKEN tidak akan menanggung sebarang perbelanjaan, melainkan yang telah dinyatakan
- Kami boleh menggunakan Maklumat Peribadi yang diberikan untuk menghantar kepada anda maklumat tentang program, surat berita, borang tinjauan, soal selidik pelanggan atau apa-apa maklumat yang dirasakan berkenaan dengan anda, oleh INSKEN atau pihak ketiga yang diberi kuasa oleh INSKEN, melalui WhatsApp, SMS, pos atau e-mel melainkan anda telah menyatakan bahawa anda tidak mahu menerima bahan sedemikian
Organizer
Institut Keusahawanan Negara Berhad (INSKEN)