Image Alt

JUNAIDA BINTI ABDUL AZIZ

  /  JUNAIDA BINTI ABDUL AZIZ

 

JUNAIDA BINTI ABDUL AZIZ

Pengarah Urusan – Noble Management & Consultancy
BisKaunselor – Institut Keusahawanan Negara (INSKEN)

 

 

Junaida Abdul Aziz adalah seorang perunding kewangan dan pengurusan, tenaga pengajar HRDC yang bertauliah, penceramah motivasi dan pembicara awam. Pada tahun 2020, beliau dilantik oleh Institut Keusahawanan Negara (INSKEN) sebagai salah seorang BisKaunselor – Keusahawanan Sosial. Beliau memberi penekanan khusus terhadap pembangunan insaniah wanita, belia dan kemahiran usahawan malah bergiat aktif dalam aktiviti kemasyarakatan melalui lima persatuan amal.

Junaida mempunyai pengalaman selama 20 tahun dalam industri perhotelan dan juga perkhidmatan, merangkumi jabatan operasi sehinggalah ke tahap pengurusan atasan. Kemahiran beliau di dalam beberapa bidang penting iaitu bahagian jualan, pemasaran, pengurusan dan kewangan. Pada tahun 2012, beliau berkhidmat di Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (KESEDAR), agensi di bawah Kementerian Luar Bandar dan Wilayah (KKLW). Beliau memegang jawatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif kumpulan bagi KESEDAR Inn Sdn Bhd, KESEDAR Travel and Tours dan Pusat Latihan KESEDAR. Beliau juga memegang jawatan Ahli Lembaga Pengarah (Pengurusan) bagi Kolej Poly-Tech MARA-KESEDAR dan adalah antara ahli yang bertanggungjawab di peringkat penubuhan dan juga operasi kolej pertama di Gua Musang, Kelantan.

Junaida juga aktif dalam persatuan amal tempatan dan juga antarabangsa dengan pengalaman melebihi 15 tahun. Beliau menyertai Kelab Amal Rotary Kota Bharu semenjak 2006 dan telah menjadi ahli wanita pertama yang menjadi Presiden kelab pada usia 32 tahun. Beliau juga telah melakar sejarah apabila menjadi ahli wanita pertama yang dipilih menjadi Penolong Gabenor bahagian Timur yang merangkumi Kelantan dan Terengganu. Pada tahun 2020, beliau telah dilantik sebagai Ketua Wanita bagi sayap usahawanita didalam Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Negeri Kelantan (DPMMNK).

Kebolehan menerajui syarikat dan juga persatuan amal antarabangsa pada usia muda memerlukan dedikasi yang tinggi dan pada tahun 2014, Junaida telah dicalonkan oleh Kedutaan Amerika Syarikat di Kuala Lumpur untuk satu program berprestij iaitu International Visitors Leadership Program (IVLP) dimana beliau adalah diantara 24 peserta dari pelbagai negara yang telah dipilih untuk program itu yang berlangsung selama 3 minggu di Amerika Syarikat. Beliau juga merupakan satu-satunya wakil daripada Malaysia. Program yang disertai beliau bertajuk “Changemakers: The Impact of Social Entrepreneurs in the U.S.”.

Komitmen beliau terhadap keusahawanan sosial dan membantu golongan sasar di negeri Kelantan telah mendapat perhatian pelbagai institusi dan beliau terpilih buat kali kedua untuk menyertai program berprestij tajaan kerajaan Amerika Syarikat dengan tajuk program “Women Alumni as Economic Multipliers”. Program 3 minggu ini telah berlangsung pada September, 2018 dan merupakan sebuah program sulung dengan hanya 43 peserta terpilih daripada 200 ribu alumni wanita seluruh dunia. Selain daripada itu, program ini mendapat pengiktirafan daripada Presiden Amerika Syarikat sendiri iaitu Donald Trump.

Kini Junaida mempunyai lebih daripada 50 rangkaian luar negara dan bergiat aktif membantu golongan sasar juga usahawan-usahawan untuk memahami apa itu Keusahawanan Sosial dan kepentingan meningkatkan ekonomi pada peringkat mikro dan makro. Cabaran pandemik tidak mematahkan semangat malahan pada awal tahun 2021, beliau telah membuka sebuah Pusat Komuniti atau ‘Community Space’ sebagai tempat gunasama usahawan daripada golongan sasar. Ini akan mengurangkan beban usahawan mikro dalam perbelanjaan pentadbiran syarikat seperti sewaan ataupun kos-kos utiliti.

×
Adakah anda telah hadiri kelas Dropship 101?

Kursus Asas Keusahawanan (KAK)

Khas untuk usahawan-usahawan yang ingin menceburkan diri dalam alam perniagaan atau yang memerlukan Refresher Course, dapatkan gambaran awal mengenai bisnes bersama kami di INSKEN!

Program ini akan membantu anda menguasai perkara asas di dalam bidang keusahawanan melalui lapan modul utama yang akan memberi manfaat kepada bisnes anda. Ilmu yang akan diperolehi boleh membantu anda memulakan bisnes dengan betul dan meneruskan kelangsungan bisnes anda.

KAK akan diadakan di beberapa lokasi seperti berikut:

Kuala Terengganu
Tarikh: 17-18 Jun 2023
Pendaftaran: www.rebrand.ly/KAK_2306

2. Melaka
Tarikh: 22-23 Julai 2023
Pendaftaran: www.rebrand.ly/KAK_2307

3. Kota Penampang, Sabah
Tarikh: 29-30 Julai 2023
Pendaftaran:www.rebrand.ly/KAK_2308

#inskenofficial
#jomjoininsken
#inskenprihatin
#keluargausahawan
...

Kursus Asas Keusahawanan (KAK)

Khas untuk usahawan-usahawan yang ingin menceburkan diri dalam alam perniagaan atau yang memerlukan Refresher Course, dapatkan gambaran awal mengenai bisnes bersama kami di INSKEN!

Program ini akan membantu anda menguasai perkara asas di dalam bidang keusahawanan melalui lapan modul utama yang akan memberi manfaat kepada bisnes anda. Ilmu yang akan diperolehi boleh membantu anda memulakan bisnes dengan betul dan meneruskan kelangsungan bisnes anda.

KAK akan diadakan di beberapa lokasi seperti berikut:

Kuala Terengganu
Tarikh: 17-18 Jun 2023
Pendaftaran: www.rebrand.ly/KAK_2306

2. Melaka
Tarikh: 22-23 Julai 2023
Pendaftaran: www.rebrand.ly/KAK_2307

3. Kota Penampang, Sabah
Tarikh: 29-30 Julai 2023
Pendaftaran:www.rebrand.ly/KAK_2308

#inskenofficial
#jomjoininsken
#inskenprihatin
#keluargausahawan
...

INSKEN ingin memperkenalkan satu lagi industri baharu yang ditawarkan untuk Program IBBC iaitu Kraf & Hiasan.

Anda sedang menjalankan perniagaan tembikar, anyaman, tenunan, batik, ukiran, tekat atau apa sahaja yang berkaitan dengan kraf dan hiasan andalah yang kami cari!

Industry Coach akan memberikan bimbingan kepada anda selama 4 bulan untuk meningkatkan hasil jualan minima 20%

Program IBBC Kraf & Hiasan akan bermula pada 10 Julai 2023. Jika anda berminat, daftar segera di www.rebrand.ly/INSKEN_IBBC

#JomJoinINSKEN
#inskenofficial
#inskenprihatin
#keluargausahawan
...

Macam mana nak jaga pelanggan? Ini antara yang korang kena buat:

1. Melaksanakan sistem automasi untuk aktiviti pemasaran
2. Merancang pelan Komunikasi pelanggan
3. Memanfaatkan 3 alat database
4. Menggunakan teknik asas database marketing

Kalau tak tahu nak buat semua ni, jom sertai Program Pengurusan Pelanggan Untuk Perniagaan Kecil yang akan diadakan pada:

Tarikh: 6-7 Jun 2023
Tempat: Ancasa Hotel, Kuala Lumpur
Pendaftaran: www.rebrand.ly/CRM_2301

#inskenofficial
#jomjoininsken
#inskenprihatin
#keluargausahawan
...

Kursus Asas Keusahawanan (KAK) adalah program 2 hari direka khas untuk usahawan-usahawan yang ingin menceburkan diri dalam alam perniagaan atau yang memerlukan Refresher Course.

Apa yang dapat dipelajari dari program ini?

☑️ Ketahui kepentingan pendaftaran bisnes dan hala tuju bisnes yang jelas
☑️ Pengurusan Organisasi Bisnes dan Pelan Tindakan yang efektif
☑️ Pelajari Tips Bina Jenama melalui teknik pemasaran yang berkesan
☑️ Mendalami serta menguasai produk atau servis melalui SWOT Analysis
☑️ Mengurus simpan kira bisnes dan mengenalpasti untung rugi bisnes anda

Yuran pendaftaran hanya RM300 termasuk penginapan dan makan minum perserta.

Tidak lupa juga PERCUMA buku panduan asas usahawan INSKEN (PadU). Pada yang berminat, boleh mendaftar di:

Kursus Asas Keusahawanan (KAK)
Tarikh: 17-18 Jun 2023
Tempat: Kuala Terengganu
Pendaftaran: www.rebrand.ly/KAK_2306

Daftar segera kerana tempat adalah terhad!

#inskenofficial
#inskenprihatin
#keluargausahawan
#jomjoininsken
...

This error message is only visible to WordPress admins
There has been a problem with your Instagram Feed.
@inskenofficial
Insken Facebook Messenger

Facebook