JOM MULAKAN BISNES BEAUTY & WELLNESS!
Program 3 hari ini memberikan “real-life experience” kepada individu yang ingin menceburi bisnes mengikut industri. Dilatih oleh ‘Industri Coach’ (Pemain Industri), kursus asas ini menyediakan peluang kepada para peserta untuk merasai sendiri pengalaman menguruskan bisnes dalam industri ini.
LEVEL |
TEMPAT Lembah Klang |
YURAN LATIHAN |
TENTANG PROGRAM
- Perkongsian dan Latihan Asas Tips Bisnes Yang Menyeluruh
- Dalami ilmu asas keusahawanan mengikut industri secara spesifik merangkumi aspek asas seperti Jualan & Pemasaran, Pengurusan Operasi, Pengurusan Pentadbiran dan Pengurusan Kewangan.
- Dapatkan Tips Bisnes Terus Daripada Pakar Industri Yang Berkaitan
- Pakar industri adalah usahawan yang berpengalaman di dalam sesebuah bisnes mengikut industri yang berkaitan.
- Rasai Pengalaman Sebenar Menguruskan Perniagaan
- Memberikan pengalaman sebenar menguruskan perniagaan di lapangan mengikut industri
- Pelbagai Industri Yang Ditawarkan
- Antara industri yang ditawarkan adalah seperti Kafe & Restoran, Bakeri, Spa, Postnatal, Klinik, Farmasi, Fertigasi, Penjagaan Warga Emas dan banyak lagi!
- Hanya RM 300!
- Yuran termasuk kos latihan, PERCUMA t-shirt INSKEN, penginapan, makanan dan minuman di sepanjang program.
APA YANG ANDA DAPAT PELAJARI?
Memahami proses, prosedur, dan senario indusri secara spesifik serta merasai pengalaman sebenar menguruskan perniagaan mengikut industri melalui 6 komponen seperti berikut:
- Dapatkan Tips dan Amalan Terbaik Industri
- Standard dan Garis Panduan Penubuhan Bisnes Beauty & Wellness
- Ketahui Kos dan Peralatan yang Diperlukan untuk Permulaan Bisnes
- Selami Teknik Jualan yang Digunakan untuk Industri ini
- Teknik Pemasaran yang Relevan Mengikut Trend Terkini
- Pengurusan Kewangan Bisnes yang Efektif
- Alami Pengalaman Sebenar Bisnes di Lapangan (Hari Ketiga Latihan)
SIAPA PERLU HADIR?
- Terbuka kepada semua usahawan dan bakal usahawan yang ingin membuka perniagaan dalam industri beauty & wellness.
Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut boleh emel kami di insken@insken.gov.my
Apa yang saya dapat belajar, selama ini benda yang kita dah buat, kita rasa sudah sistematik, tapi bila kita masuk kelas ini, baru kita tahu situasi sebenar, macam mana kita nak buat loan dengan bank, macam mana kita nak berinteraksi dengan orang dan macam mana kos sebenar kita nak kira. Sangat banyak ilmu, saya suka belajar dan banyak benda saya boleh improve untuk bisnes saya.
Dinie Fadhli bin Khairuddin
Peserta Kursus Asas Industri Gerai Makanan & Penjaja 2023
Perniagaan Sejuk Beku, Kuantan Pahang
Saya rasa sangat bersyukur kerana dengan program yang INSKEN berikan ini, bukan sekadar memberi ilmu baru. Saya memang dapat banyak strategi-strategi untuk pembukaan klinik, belajar daripada asas, bagaimana penyediaan kos, pelesenan, dengan siapa kita patut hubungi, segala strategi dan paling penting dapat motivasi untuk membuat bisnes.
Dr Syaza
Peserta Kursus Asas Industri Klinik 2023
Petaling Jaya, Selangor
TERMA DAN SYARAT
- Program adalah terhad kepada 30 orang sahaja
- Pendaftaran tanpa bayaran tidak akan dikira
- Bayaran pendaftaran (RM300) tidak akan dikembalikan sekiranya peserta gagal untuk menghadiri program
- Sebarang penukaran program melalui bayaran yang telah dibuat untuk program lain adalah tidak dibenarkan
- INSKEN berhak menukar sebarang maklumat program tanpa perlu memaklumkan kepada individu yang sudah atau yang belum berdaftar terlebih dahulu
- INSKEN tidak akan menanggung sebarang perbelanjaan, melainkan yang telah dinyatakan
- Kami boleh menggunakan Maklumat Peribadi yang diberikan untuk menghantar kepada anda maklumat tentang program, surat berita, borang tinjauan, soal selidik pelanggan atau apa-apa maklumat yang dirasakan berkenaan dengan anda, oleh INSKEN atau pihak ketiga yang diberi kuasa oleh INSKEN, melalui WhatsApp, SMS, pos atau e-mel melainkan anda telah menyatakan bahawa anda tidak mahu menerima bahan sedemikian.
Organizer
Institut Keusahawanan Negara Berhad (INSKEN)