Memberi “real-life experience” kepada individu yang ingin menceburi bisnes homestay. Dibimbing oleh Pemain Industri, latihan asas ini menyediakan peluang kepada para peserta untuk merasai sendiri pengalaman menguruskan bisnes dalam industri ini.
PENGISIAN
- Tips & amalan terbaik industri
- Homestay business standard & guideline
- Kos & peralatan asas permulaan perniagaan
- Memperkenalkan teknik jualan & pemasaran yang boleh digunakan dalam bisnes homestay
- Teknik pemasaran yang relevan mengikut trend terkini
- Pengurusan kewangan bisnes
LEVEL |
TEMPAT Pahang |
YURAN LATIHAN RM250 |
TERMA DAN SYARAT
- Program adalah terhad kepada 30 orang sahaja
- Pendaftaran dan pembayaran program hanya boleh dibuat melalui portal MyINSKEN
- Pendaftaran tanpa bayaran tidak akan dikira
- Bayaran pendaftaran (RM250) tidak akan dikembalikan sekiranya peserta gagal untuk menghadiri program
- Sebarang penukaran program melalui bayaran yang telah dibuat untuk program lain adalah tidak dibenarkan
- INSKEN berhak menukar sebarang maklumat program tanpa perlu memaklumkan kepada individu yang sudah atau yang belum berdaftar terlebih dahulu
- INSKEN tidak akan menanggung sebarang perbelanjaan, melainkan yang telah dinyatakan seperti di atas
- Kami boleh menggunakan Maklumat Peribadi yang diberikan untuk menghantar kepada anda maklumat tentang program, surat berita, borang tinjauan, soal selidik pelanggan atau apa-apa maklumat yang dirasakan berkenaan dengan anda, oleh INSKEN atau pihak ketiga yang diberi kuasa oleh INSKEN, melalui WhatsApp, SMS, pos atau e-mel melainkan anda telah menyatakan bahawa anda tidak mahu menerima bahan sedemikian
Organizer
Institut Keusahawanan Negara Berhad (INSKEN)