Pelan Antirasuah Organisasi 2023–2027
INSKEN komited membudayakan integriti dalam membentuk sebuah organisasi ulung dan bebas rasuah di Malaysia. Sehubungan itu, INSKEN telah berjaya membangunkan Pelan Antirasuah Organisasi atau Organisational Anti-Corruption Plan (OACP) 2023 – 2027 Institut Keusahawanan Negara Berhad (INSKEN) dengan kerjasama Institut Integriti Malaysia (IIM).
Pelan ini merupakan bukti keseriusan INSKEN dalam memastikan INSKEN sentiasa bersih dan bebas daripada sebarang gejala rasuah, dan salah guna kuasa yang boleh memberi imej dan persepsi buruk kepada INSKEN.
Whistleblowing Policy
Selain komited dalam menegakkan integriti dan ketelusan dalam tatacara operasi, sekiranya kakitangan INSKEN atau orang awam yang mempunyai maklumat mengenai perlakuan yang salah, boleh mengajukan laporan atau pendedahan sepertimana pematuhan dalam polisi atau emelkan kepada: integrityunit@insken.gov.my