Kursus Google Adwords ini dirangka khas untuk memberi pendedahan dan kemahiran kepada usahawan untuk mendalami teknik pengiklanan berbayar dengan Google atau lebih dikenali Search Engine Marketing (SEM). Usahawan masakini perlu lebih tahu dan faham mengapa Enjin Carian antara potensi terbesar untuk mendapatkan jualan. Malang sekali jika usahawan tidak melaksanakan Enjin Carian berbayar kerana terdapat lebih 10,000 carian akan berlaku di Google dalam tempoh 1 minit. Lebih-lebih lagi pengguna di Malaysia buat carian produk di Google (50%), selain dari Market Place (30%) atau Media Sosial (20%). Kursus ini akan mengubah persepsi Usahawan tentang pentingnya SEM dan mudahnya tetapan Google Adwords, sekaligus menaikkan SEO Laman Sesawang itu sendiri.
TENAGA PENGAJAR : Goldmind Evolution Sdn Bhd
MASA
Hari Pertama : 8.00 pagi sehingga 5.30 petang
Hari Kedua : 8.00 pagi sehingga 5.30 petang
YURAN LATIHAN
RM200
(Sudah termasuk kos latihan, penginapan dan makan&minum)
TERMA DAN SYARAT
- Program adalah terhad kepada 30 orang sahaja
- Usahawan yang sudah berpengalaman lebih dari dua (2) tahun digalakkan untuk masuk
- Pendaftaran dan pembayaran program hanya boleh dibuat melalui portal INSKEN
- Pendaftaran tanpa bayaran tidak akan dikira
- Walk-in tidak akan dilayan
- Bayaran pendaftaran (RM200) tidak akan dikembalikan sekiranya peserta gagal untuk menghadiri program
- Sebarang penukaran program melalui bayaran yang telah dibuat untuk program lain adalah tidak dibenarkan
- INSKEN berhak menukar sebarang maklumat program tanpa perlu memaklumkan kepada individu yang sudah atau yang belum berdaftar terlebih dahulu
- INSKEN tidak akan menangung sebarang perbelanjaan, melainkan yang telah dinyatakan seperti di atas
Venue
Ipoh, Perak, Malaysia
Organizer
Institut Keusahawanan Negara Berhad (INSKEN)