Undangan Digital Tuan Majlis menyediakan kad kahwin digital dengan lebih 10+ fungsi dan 1000+ design untuk dipilih.
Buat sendiri, siap terus!
Berikut adalah beberapa fungsi Kad Kahwin Digital Tuan Majlis yang merupakan yang pertama di Malaysia:
RSVP dengan notifikasi Telegram!
Fungsi RSVP memudahkan tuan rumah mengesahkan kehadiran tetamu – sama ada mereka akan hadir atau tidak.
Status kehadiran tetamu akan dihantar terus ke Telegram. Notifikasi Telegram ini akan menyertakan Nama, Status Kehadiran, Jumlah Kehadiran & Ucapan.
Tempahan Hadiah
Salah satu dilema yang sering dihadapi semasa menghadiri majlis perkahwinan adalah ketidakpastian tetamu dalam memilih hadiah untuk pengantin.
Dengan fungsi tempahan hadiah dalam kad kahwin digital TuanMajlis, tetamu boleh melihat senarai hadiah idaman pengantin dan membuat tempahan untuk hadiah tersebut.
Tiada lagi kerisauan “eh, kau nak hadiah apa eh?”
Hanya perlu klik dan tempah!
Lagu Latar
Ketika kad kahwin digital dibuka, lagu latar akan dimainkan secara automatik!
Anda boleh memilih lagu kegemaran anda untuk dimainkan, hanya perlu menghantar pautan lagu tersebut semasa membuat pesanan.
Notifikasi Telegram
Apabila anda menerima status kehadiran dan ucapan melalui kad kahwin digital, semua maklumat kehadiran, jumlah tetamu dan ucapan akan dihantar ke Telegram tuan rumah.
Salam Kaut
Anda tidak hanya boleh salam kaut semasa majlis, tetapi juga secara dalam talian melalui kad kahwin digital!
Sama ada tetamu boleh hadir atau tidak, fungsi salam kaut memudahkan kedua-dua belah pihak!
Lokasi
Dengan fungsi Lokasi, tetamu boleh mengakses lokasi majlis hanya dengan satu klik!
Peta yang disokong termasuk Waze & Google Maps.
Aturcara Majlis
Tuan rumah boleh menyediakan aturcara majlis sebagai panduan untuk tetamu melalui kad kahwin digital TuanMajlis.
Ucapan
Tetamu yang dijemput boleh memberi ucapan. Ucapan ini akan disertakan dalam kad digital dan notifikasi Telegram tuan rumah.
Hubungi
Tetamu boleh menghubungi tuan rumah melalui WhatsApp atau panggilan jika ada pertanyaan.
Kalendar
Tetamu boleh menyimpan tarikh majlis dalam kalendar telefon mereka sebagai peringatan.
Eksport ke Excel
Senarai kehadiran tetamu boleh dimuat turun dalam format Excel.
One-Stop-Portal
Tuan rumah boleh membuat semua pengurusan dalam satu portal, termasuk melihat kehadiran & ucapan, membuang kehadiran & ucapan yang tidak diingini, dan banyak lagi melalui kad digital TuanMajlis.
Untuk ketahui lebih lanjut atau untuk melihat contoh-contoh kad kahwin, boleh pergi ke laman web Tuan Majlis atau ke galeri contoh kami.