Milikan tunggal. Produk bakul anyaman penan yang diinovasikan menjadi sebuah bag yang dimodenkan dan masih mengekalkan ciri tradisional. Tangkai pvc digantikan dengan tangkai moden. Butang digantikan dengan zip agar lebih selamat. Bag juga diberi lapisan kain berpoket untuk keselesaan. Pelbagai tema koleksi diperkenalkan. Antaranya tema etnik Sabah, flora, pu leather, crescent, coquette, Saloma dan akan banyak lagi bakal menyusul.