Didaftarkan pada Julai 2016 namun beroperasi sepenuhnya pada tahun Jun 2018 dengan fokus kepada Personal Wellness Coach dan kini dikembangkan kepada latihan dan konsultansi pengurusan sumber manusia kekeluargaan dan organisasi mengikut pendekatan STIFIn. STIFIn merupakan kaedah ujian biometrik untuk individu seawal usia 3 tahun untuk mengenalpasti otak dominan dan personaliti genetik. Perniagaan ini beroperasi dari rumah dan Jurulatih Utama mendapat tauliah HRDF. Modul yang ditawarkan adalah sebagai 8 modul khas selain 1 kelas intro STIFIn. Modul adalah STIFIn Couple, STIFIn Parenting, STIFIn Teaching, STIFIn Learning, STIFIn Hafazan, STIFIn Health, STIFIn Wellness, STIFIn Human Resources dan STIFIn Leadership. Konsultansi dibuat secara individu dan berkumpulan bergantung kepada keperluan pelanggan. Bisnes ini tidak menggunakan sebarang pinjaman buat masa ini namun masih di tahap pengenalan dan “Brand Awareness”.