Akademi Tahfiz Medik Antarabangsa (ATMeDIK) diasaskan oleh Tuan Norhissam bin Mustafa pada tahun 2010 dan diuruskan sepenuhnya oleh Konsortium Sihat2u PLT. Fokus utama ATMeDIK adalah berusaha membimbing masyarakat awam berkaitan amalan gaya hidup sihat secara menyeluruh dan pengajian lanjutan secara berstruktur dari peringkat sijil, diploma, sarjana muda, sarjana dan kedoktoran falsafah kepada lepasan Madrasah Tahfiz/Pondok Pengajian Islam. Kurikulum dan ko-kurikulum ATMeDIK meliputi penjagaan kesihatan dan rawatan perubatan berasaskan Perubatan Tradisional Melayu melalui pendekatan Model Gaya Hidup Sihat Insaniah (GHSi) dan Rawatan Alami Melayu (RAM).