Hasha Kitchen dimiliki oleh Hasha Venture (003031628-A) milikan bumiputera Muslim mula ditubuhkan pada tahun 2018 dan berdaftar pada tahun 2019.
Objektif – Memberi kepuasan kepada pelanggan adalah keutamaan kami. Ingin menghasilkan produk yang dijamin halal serta membuka peluang perniagaan kepada usahawan-usahawan kecil yang lain.
Visi – Kami ingin menghasilkan inovasi makanan yang dijamin halal serta memberi kepuasan kepada pelanggan. Sentiasa menghasilkan produk-produk yang boleh menembusi pasaran seluruh Malaysia serta dapat membuka peluang untuk orang awam yang ingin menambah pendapatan sampingan.
Misi – Kami ingin menjadi pelopor bumiputera dalam inovasi makanan produk biskut dan roti di dalam negara. Menjadi rangkaian makanan halal dan bersih serta sedap. Juga memperluaskan lagi rangkaian “rakan niaga” kami.