ERUL FOOD INDUSTRIES merupakan perniagaan milik bersama anak jati Rembau yang diasaskan pada tahun 2017 dan beroperasi sepenuhnya di Pedas, Negeri Sembilan. Aktiviti utama perniagaan adalah memproses, memasar dan menjual produk salai terutama sekali Daging Salai. Salaiport merupakan salah satu jenama milik Erul Food Industries. Berbekalkan pengalaman dan resepi turun temurun, Salaiport akan terus maju ke hadapan.