Image Alt

DATIN DR. SYAHIRA BINTI HAMIDON

  /  DATIN DR. SYAHIRA BINTI HAMIDON

 

DATIN DR. SYAHIRA BINTI HAMIDON

Setiausaha Bahagian, Bahagian Dasar dan Hubungan Antarabangsa, Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC)

 

Datin Dr Syahira adalah antara pengurusan kanan dalam Perkhidmatan Pentadbiran dan Diplomatik. Beliau kini memegang jawatan sebagai Setiausaha Bahagian di Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC).

Sepanjang perjalanan kerjaya beliau, Dr Syahira didedahkan dengan pelbagai aspek kerja pengurusan dan berkhidmat di pelbagai kementerian, iaitu Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Jabatan Perkhidmatan Awam dan Kementerian Pengajian Tinggi.

Beliau bertanggungjawab menggubal, merangka pelan strategik serta melaksana dan menyelaras dasar berkaitan pembangunan usahawan di negara ini. Antaranya, Dasar Keusahawanan Negara (DKN) 2030, yang dilancarkan pada tahun 2019, satu manifestasi kesungguhan dan iltizam kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebagai negara keusahawanan unggul menjelang tahun 2030.

Beliau adalah individu penting menjalankan penyelidikan dan penambahbaikan dalam ekosistem keusahawanan di Malaysia, menyelaras dan menyelia peranan organisasi pembangunan keusahawanan, termasuk koperasi dan mengkaji inisiatif yang dilaksanakan negara lain. Beliau juga mengendalikan urusan Kabinet dan Parlimen untuk KUSKOP.

Dr Syahira turut menyediakan input untuk pelbagai rancangan negara seperti Rancangan Rangka Jangka Panjang, Rancangan Malaysia (rancangan lima tahun), Kajian Tahunan dan Separuh Penggal, Dasar Fiskal Negara serta dasar berkaitan ekonomi digital dan Revolusi Perindustrian Keempat.

Dengan kepakaran dan pengalaman luas beliau, Dr Syahira memainkan peranan penting menghasilkan pelan tindakan segara membantu perniagaan menghadapi cabaran pandemic COVID-19. Beliau adalah orang penting dalam pembangunan Pelan Pemulihan Negara untuk Usahawan dan Koperasi serta Pelan Transformasi Koperasi di Malaysia. Beliau mengetuai kajian yang dijalankan oleh KUSKOP mengenai kesan COVID-19 terhadap perniagaan dan pengguna serta keberkesanan tindakan intervensi kerajaan.

Di samping itu, Dr Syahira bertanggungjawab dalam hubungan antarabangsa, termasuk melakukan analisis laporan berkaitan Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS), daya asing global, kemudahan perniagaan dan perusahaan, yang dihasilkan oleh institusi seperi Bank Dunia, IMF , ILO, WEF, UNESCO, APEC, WTO dan UNDP. Beliau mewakili negara untuk pembangunan Pelan Hala Tuju Dasar Permulaan ASEAN-ROK, projek penyelidikan yang dijalankan Bersama oleh Jawatankuasa Penyelarasan ASEAN bagi Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana serta Republik Korea.

Pada tahun 2019, Dr Syahira mengetuai delegasi Malaysia ke Mesyuarat ACCMSME Kelapan, yang berlangsung di Kemboja pada 25 hingga 29 November 2019.  Beliau juga mewakili negara bagi ACCMSME dan Kumpulan Kerja Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia-Taiwan dari 2020 hingga sekarang. Malah, beliau dilantik sebagai wakil negara dalam Rangkaian Pembuat Dasar MSME Asia Pasifik, di bawah Suruhanjaya Ekonomi dan Sosial Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Asia dan Pasifik (UNESCAP).

Terdahulu, Ketika di Kementerian Pengajian Tinggi sehingga akhir tahun 2018, Dr Syahira mengetuai bahagian perancangan, penyelidikan dan penyelarasan dasar Kementerian Pengajian Tinggi. Tugas beliau meliputi perancangan strategik, pembangunan sumber manusia, operasi strategik, penyelidikan dan pembangunan, penyelarasan dasar, hal berkaitan Parlimen,  kertas Kabinet dan analisis data besar. Beliau turut menyelaras beberapa program utama, antaranya TVET, 4IR dan STEM. Beliau juga terbabit dalam perkara berkaitan kebolehpasaran siswazah, ekonomi masyarakat Orang Asli, pelaksanaan tindakan utam, dan trend baharu dalam pendidikan tinggi antarabangsa.

Kepakaran Dr Syahira dalam perancangan keusahawanan negara dan pengajian tinggi tidak dapat disangkal lagi, berikutan kejayaan pelbagai dasar yang diperkenalkannya, pelan tindakan, garis panduan dan kejayaan pelaksanaan program berimpak tinggi, termasuk Program Keusahawanan Tekno untuk Graduan dan Program Pemecut Industri 4.0 untuk PKS. Beliau juga adalah individu yang bertanggungjawab membangunkan program Public Private Reasearch Network atau PPRN, iaitu sebuah program penyelidikan yang didorong oleh permintaan pasaran, membabitkan institusi pengajian tinggi dan PMKS pada tahun 2013.

Lulusan Doktor Falsafah Perniagaan dari Massey University Auckland, New Zealand ini turut menerbitkan buku daripada penulisan tesis pengajian beliau. Beliau terlebih dahulu melakar kecemerlangan apabila dianugerahkan Ijazah Kelas Pertama Sarjana Perniagaan (Perniagaan Antarabangsa) dari Universiti Putra Malaysia dan sebelum itu, Ijazah Sarjana Muda Perdagangan (Kepujian) dari Queen’s University, Kanada.  Dalam tempoh dua dekad, beliau mengikuti banyak program dan kursus untuk pembangunan kerjaya di Universiti Harvard, Universiti Oxford, Universiti Melbourne dan Jabatan Negara Amerika Syarikat. Beliau menulis beberapa buku, menerbitkan pelbagai jurnal dan sering dijemput sebagai penceramah.

Dr Syahira kini memegang jawatan sebagai Ahli Lembaga Penasihat Antarabangsa Akademi Inovasi di Kolej Universiti Dublin, Ireland dan Ahli Tetap Jawatankuasa Pemandu Projek untuk Entrepreneur Enhancement Scheme di bawah SME Bank, Malaysia.

×
Adakah anda telah hadiri kelas Dropship 101?

Kursus Asas Keusahawanan (KAK)

Khas untuk usahawan-usahawan yang ingin menceburkan diri dalam alam perniagaan atau yang memerlukan Refresher Course, dapatkan gambaran awal mengenai bisnes bersama kami di INSKEN!

Program ini akan membantu anda menguasai perkara asas di dalam bidang keusahawanan melalui lapan modul utama yang akan memberi manfaat kepada bisnes anda. Ilmu yang akan diperolehi boleh membantu anda memulakan bisnes dengan betul dan meneruskan kelangsungan bisnes anda.

KAK akan diadakan di beberapa lokasi seperti berikut:

Kuala Terengganu
Tarikh: 17-18 Jun 2023
Pendaftaran: www.rebrand.ly/KAK_2306

2. Melaka
Tarikh: 22-23 Julai 2023
Pendaftaran: www.rebrand.ly/KAK_2307

3. Kota Penampang, Sabah
Tarikh: 29-30 Julai 2023
Pendaftaran:www.rebrand.ly/KAK_2308

#inskenofficial
#jomjoininsken
#inskenprihatin
#keluargausahawan
...

Kursus Asas Keusahawanan (KAK)

Khas untuk usahawan-usahawan yang ingin menceburkan diri dalam alam perniagaan atau yang memerlukan Refresher Course, dapatkan gambaran awal mengenai bisnes bersama kami di INSKEN!

Program ini akan membantu anda menguasai perkara asas di dalam bidang keusahawanan melalui lapan modul utama yang akan memberi manfaat kepada bisnes anda. Ilmu yang akan diperolehi boleh membantu anda memulakan bisnes dengan betul dan meneruskan kelangsungan bisnes anda.

KAK akan diadakan di beberapa lokasi seperti berikut:

Kuala Terengganu
Tarikh: 17-18 Jun 2023
Pendaftaran: www.rebrand.ly/KAK_2306

2. Melaka
Tarikh: 22-23 Julai 2023
Pendaftaran: www.rebrand.ly/KAK_2307

3. Kota Penampang, Sabah
Tarikh: 29-30 Julai 2023
Pendaftaran:www.rebrand.ly/KAK_2308

#inskenofficial
#jomjoininsken
#inskenprihatin
#keluargausahawan
...

INSKEN ingin memperkenalkan satu lagi industri baharu yang ditawarkan untuk Program IBBC iaitu Kraf & Hiasan.

Anda sedang menjalankan perniagaan tembikar, anyaman, tenunan, batik, ukiran, tekat atau apa sahaja yang berkaitan dengan kraf dan hiasan andalah yang kami cari!

Industry Coach akan memberikan bimbingan kepada anda selama 4 bulan untuk meningkatkan hasil jualan minima 20%

Program IBBC Kraf & Hiasan akan bermula pada 10 Julai 2023. Jika anda berminat, daftar segera di www.rebrand.ly/INSKEN_IBBC

#JomJoinINSKEN
#inskenofficial
#inskenprihatin
#keluargausahawan
...

Macam mana nak jaga pelanggan? Ini antara yang korang kena buat:

1. Melaksanakan sistem automasi untuk aktiviti pemasaran
2. Merancang pelan Komunikasi pelanggan
3. Memanfaatkan 3 alat database
4. Menggunakan teknik asas database marketing

Kalau tak tahu nak buat semua ni, jom sertai Program Pengurusan Pelanggan Untuk Perniagaan Kecil yang akan diadakan pada:

Tarikh: 6-7 Jun 2023
Tempat: Ancasa Hotel, Kuala Lumpur
Pendaftaran: www.rebrand.ly/CRM_2301

#inskenofficial
#jomjoininsken
#inskenprihatin
#keluargausahawan
...

Kursus Asas Keusahawanan (KAK) adalah program 2 hari direka khas untuk usahawan-usahawan yang ingin menceburkan diri dalam alam perniagaan atau yang memerlukan Refresher Course.

Apa yang dapat dipelajari dari program ini?

☑️ Ketahui kepentingan pendaftaran bisnes dan hala tuju bisnes yang jelas
☑️ Pengurusan Organisasi Bisnes dan Pelan Tindakan yang efektif
☑️ Pelajari Tips Bina Jenama melalui teknik pemasaran yang berkesan
☑️ Mendalami serta menguasai produk atau servis melalui SWOT Analysis
☑️ Mengurus simpan kira bisnes dan mengenalpasti untung rugi bisnes anda

Yuran pendaftaran hanya RM300 termasuk penginapan dan makan minum perserta.

Tidak lupa juga PERCUMA buku panduan asas usahawan INSKEN (PadU). Pada yang berminat, boleh mendaftar di:

Kursus Asas Keusahawanan (KAK)
Tarikh: 17-18 Jun 2023
Tempat: Kuala Terengganu
Pendaftaran: www.rebrand.ly/KAK_2306

Daftar segera kerana tempat adalah terhad!

#inskenofficial
#inskenprihatin
#keluargausahawan
#jomjoininsken
...

This error message is only visible to WordPress admins
There has been a problem with your Instagram Feed.
@inskenofficial
Insken Facebook Messenger

Facebook