Apakah itu Halal dan bagaimana memohon sijil halal? Apakah keperluan dan syarat-syaratnya? Susah atau senang? Mahal atau murah?
Ini adalah antara soalan yang selalu dilontarkan oleh pelbagai pihak terutama pengamal industri berkaitan Pensijilan Halal Malaysia. Isu halal membuka peluang kepada usahawan untuk mengekploitasi pasaran halal yang luas dan menjana pendapatan bisnes. Program ini menyediakan garis panduan memperolehi persijilan halal.
PADA AKHIR KURSUS USAHAWAN AKAN DAPAT
- Memahami konsep “Halalan Thoyyiban” dalam pengeluaran produk halal
- Menilai sistem pelaksanaan bisnes dan pengeluaran produk sedia ada mengikut garis panduan persijilan halal
- Mengaplikasikan sistem penyediaan produk halal
MODUL
- Asas-asas pemprosesan dan penyediaan produk halal
- Menangani isu-isu berkaitan pematuhan produk halal
- Membangunkan operasi bisnes pengeluaran produk halal
- Memahami prosedur permohonan persijilan halal
TENAGA PENGAJAR : Ustaz Elyas
MASA
Hari Pertama : 8.00 pagi sehingga 5.30 petang
Hari Kedua : 8.00 pagi sehingga 5.30 petang
YURAN LATIHAN
RM200
(Sudah termasuk kos latihan, penginapan dan makan&minum)
TERMA DAN SYARAT
- Program adalah terhad kepada 30 orang sahaja
- Usahawan yang sudah berpengalaman lebih dari dua (2) tahun digalakkan untuk masuk
- Pendaftaran dan pembayaran program hanya boleh dibuat melalui portal INSKEN
- Pendaftaran tanpa bayaran tidak akan dikira
- Walk-in tidak akan dilayan
- Bayaran pendaftaran (RM200) tidak akan dikembalikan sekiranya peserta gagal untuk menghadiri program
- Sebarang penukaran program melalui bayaran yang telah dibuat untuk program lain adalah tidak dibenarkan
- INSKEN berhak menukar sebarang maklumat program tanpa perlu memaklumkan kepada individu yang sudah atau yang belum berdaftar terlebih dahulu
- INSKEN tidak akan menangung sebarang perbelanjaan, melainkan yang telah dinyatakan seperti di atas
Venue
Klang Valley, Malaysia
Organizer
Institut Keusahawanan Negara Berhad (INSKEN)