1. Faedah Atau Ciri Produk?
Pelanggan lebih pentingkan faedah yang akan diperoleh dari produk. Cari kelainan dari usahawan lain yang lebih banyak menulis ciri-ciri produk berbanding faedah.
Contoh jika anda menjual pakaian:
Baju boleh dibasuh menggunakan mesin basuh dan tidak perlu ke dobi atau cucian tangan.
Ayat ini lebih baik berbanding :
Material yang digunakan ialah sutera dan bermanik.
2. Bahasa Mudah Difahami
Elak menggunakan bahasa yang terlalu tinggi sehingga sukar difahami pembaca atau pelanggan. Ayat biarlah yang ringkas tetapi padat dengan maklumat. Paling penting jangan gunakan bahasa khusus untuk sesuatu bidang seperti kedoktoran atau guaman.
3. Ayat Ringkas
Tiga ayat adalah paling maksimum yang boleh digunakan dalam 1 perenggan. Dalam satu ayat pula tidak boleh melebihi 25 patah perkataan. Minimumkan ayat selagi boleh supaya pelanggan tidak bosan untuk membaca. Bahan bacaan di laman web tidak sama seperti surat khabar, buku atau majalah. Ayat ringkas membolehkan pembaca terus memberi tumpuan sepenuhnya tanpa beralih ke laman sesawang yang lain.
4. Fokus
Tujuan utama pelanggan ke website usahawan adalah untuk membeli. Elakkan gangguan seperti perlu mendaftar sebelum membeli. Terlalu banyak langkah yang perlu diikuti sebelum membeli juga akan mematahkan niat pelanggan. Buang semua informasi yang tidak berkaitan supaya aktiviti jual beli dapat dilaksanakan.
5. Tangani Bantahan Pelanggan
Bisnes online tidak dapat mendengar bantahan dari pelanggan. Apa yang perlu usahawan lakukan ialah menyediakan satu ruangan terma dan syarat. Pastikan semua informasi cukup lengkap. Sebagai contoh usahawan sedang membuat potongan harga. Mungkin ada di antara pelanggan tidak dapat membeli atas sebab kekangan kewangan. Cara mudah adalah dengan meletakkan tarikh mula dan akhir promosi dijalankan.
6. Testimoni
Sekali sekala boleh juga meyakinkan pelanggan melalui testimoni dari pelanggan yang berpuas hati dengan produk usahawan. Lebih elok jika testimoni itu adalah video dari pelanggan. Elakkan screenshot dari Whatsaap semata. Ayat dari usahawan tidak perlu terlalu panjang kerana testimoni dari pelanggan sudah cukup kuat untuk menarik minat pelanggan baru.
Bolehlah cuba tips di atas! Mana tahu pelawat website anda boleh bertukar menjadi pelanggan?