Perniagaan online telah menjadi satu fenomena yang memberi impak positif kepada bidang keusahawanan. Media sosial telah dijadikan medium untuk melakukan urusan jual beli. Selain Facebook dan Twitter, Instagram adalah antara yang popular digunakan oleh usahawan memandangkan aplikasi tersebut mendapat sambutan baik oleh jutaan pengguna dari seluruh negara.
Konsep Instagram sangat mudah di mana kesemua pengguna boleh menghasilkan foto menarik melalui filter yang disediakan. Namun begitu usahawan perlu memanfaatkan aplikasi ini sebaiknya untuk mengembangkan bisnes secara online.
1. Kamera telefon
Aplikasi Instagram ada menyediakan aplikasi kamera yang membolehkan usahawan mengambil foto dan terus boleh dimuat naik. Memang mudah konsep ini. Namun, lebih elok jika usahawan menggunakan kamera dari telefon pintar sendiri. Usahawan boleh mengubah pengcahayaan, fokus dan aspek lain melalui kamera telefon supaya foto lebih cantik dan menarik perhatian pelanggan.
2. Latar belakang
Selain produk anda sebagai subjek foto, latar belakang turut memainkan peranan penting untuk menjadikan gambar lebih menarik. Lebih elok jika jadikan bangunan atau dinding sebagai latar belakang. Pastikan latar belakang tidak terlalu serabut supaya fokus subjek dapat diihat dengan jelas, sekaligus dapat menarik perhatian pelanggan.
3. Like
Cara ini juga berkesan jika usahawan like gambar pengguna Instagram yang lain. Tidak salah kalau ingin tinggalkan komen di ruang yang disediakn. Tetapi jangan gunakan ayat yang terlalu mendesak di ruangan tersebut. Lebih elok jika komen dan like ini diberikan kepada sasaran pelanggan usahawan. Bagaimana usahawan suka pengguna lain like dan memuji gambar mereka, begitu juga dengan pelanggan. Jadi, tinggalkan komen yang baik, peluang pelanggan untuk mengikuti (follow) usahawan adalah tinggi. Semakin ramai followers, semakin tinggi usahawan boleh jana pendapatan!
4. Hashtag
Penggunaan hashtag ini amat penting untuk menghubungkan bisnes anda dengan pelanggan. Maksudnya apabila pelanggan menaip hashtag tersebut, automatik dapat melihat produk usahawan. Jadi, pilih satu atau dua ayat sahaja yang spesifik untuk setiap foto-foto produk anda. Konsisten guna hashtag yang sama dan jangan ubah. Pastikan hashtag yang digunakan berkait rapat dengan produk usahawan.
Bisnes online memang nampak mudah dengan hanya ambil gambar dan muat naik. Cuba kreatifkan cara penyampaian dan titik beratkan empat faktor di atas. Ramai followers, urusan jual beli lebih meluas, usahawan pasti gembira!