- Siapakah stakeholder bisnes anda dan bagaimanakah anda menguruskan mereka?
- Sebelum anda jawab soalan tersebut, mungkin elok saya tanya, “Apakah stakeholder?
- Secara berseloroh, saya pernah sebut “stakeholder” dan “steak holder” tak sama. Memang tak sama pun.
- Stakeholder bermaksud pihak-pihak yang mempunyai kepentingan ke atas syarikat kita. Ia boleh jadi pelanggan, vendor, kakitangan, NGO atau kerajaan. Orang awam juga merupakan stakeholder.
- Kerajaan sebagai stakeholder yang pelbagai. Ada kerajaan pusat, negeri dan PBT. Ada agensi kerajaan sebagai regulator, penguatkuasa, agensi pembangunan atau pelanggan perkhidmatan kita.
- Setiap satu stakeholder memerlukan cara pengurusan yang berbeza.
- Di organisasi saya bekerja, saya buat matrik stakeholder berdasarkan “minat” (interest) kepada apa yang kami lakukan, dan “kuasa” (influence) ke atas kami.
- Sekiranya stakeholder tersebut “tinggi minat, tinggi kuasa,” pastikan kita engage mereka berterusan. Mereka bukan sekadar mahu lihat outcome yang jelas tetapi juga boleh “pulas telinga” kita jika tersasar.
- Bagi stakeholder yang “tinggi minat, rendah kuasa,” tentukan maklumat sampai kepada mereka. Usah biar mereka mencari jawapan dari pihak ketiga.
- Untuk stakeholder yang “rendah minat, tinggi kuasa,” pastikan mereka melihat dan memahami manfaat apa yang kita lakukan. Fokus engagement kepada outcome dan pematuhan.
- Dan akhir sekali, bagi stakeholder yang “rendah minat, rendah kuasa,” cukuplah pastikan maklumat mengenai organisasi kita boleh diakses sepanjang masa, apabila mereka memerlukan.
- Setiap organisasi mempunyai stakeholder yang berbeza. Namun, apa yang penting ialah pastikan setiap stakeholder diuruskan dengan baik bagi mencapai objektif organisasi.