17 Aug, 2019
Manusia berilmu ada tiga tahap.
TAHAP PERTAMA
Dia sombong kerana merasakan dia seorang saja ada ilmu. Dia rasa dia ada jawapan kepada semua soalan. Dia banyak nak mengajar dari belajar.
TAHAP KEDUA
Ilmu menjadikan dia berubah dan tawaduk. Ilmu menjadikan dia lebih baik.
TAHAP KETIGA
Ini tahap tertinggi. Dia berasa tidak cukup ilmu dan ilmunya yang banyak itu seperti setitis air di lautan yang luas. Semakin banyak ilmu, semakin tinggi semangat dia nak belajar.
Kita di tahap yang mana?