Pelanggan beli MANFAAT, bukan CIRI produk.
Kita sama-sama ulang sekali lagi, pelanggan beli MANFAAT (benefits), bukan CIRI (features) produk.
Apabila anda menulis di Facebook, fokus kepada bagaimana produk atau perkhidmatan ini beri manfaat kepada mereka. Saya perhatikan ada beberapa orang penjual online menunjukkan gambar envelope Pos Laju bertimbun, konon ramai orang beli produk mereka.
Gambar itu tak salah sekiranya caption betul.
Caption yang salah: Banyak pesanan Produk AAA dalam botol besar hari ini, tak cukup tangan!
Caption yang betul: Semakin ramai membeli Produk AAA, bukti bahawa masyarakat kita inginkan barangan halal, berkesan untuk menambah tenaga dan pada harga yang murah!
Apabila menjual, mulakan dengan yang kecil sebelum menjual yang lebih besar. Orang mudah “beli” yang kecil.
Contoh ayat “jual” yang kecil: Boleh saya tunjukkan produk ini kepada puan?
Contoh ayat “jual” yang besar sikit: Cuba puan pegang dan rasai sendiri produk ini.
Contoh ayat “jual” lagi besar: Boleh saya cadangkan puan ambil satu unit produk ini untuk anak puan?
Contoh ayat “jual” lebih besar: Produk ini bukan saja bagus untuk anak kecil tetapi juga untuk anak remaja puan. Sekiranya puan beli dua, dapat satu percuma.
Inilah teknik jualan, “beri betis, nak peha!”