Siapa kata ukiran kayu hilang tempat di hati masyarakat hari ini?
Walaupun seni warisan pertukangan kavu semakin terhakis dihambat kemajuan, namun anak jati Kelantan, Nur Liyana Che Md Azim gagah mengangkat kesenian itu ke tahap tersendiri.
Berdiri di atas perniagaan yang dinamakan Dr Kayu Network lebih dikenali sebagai “DoctorKayu’, anak kedua daripada lima beradik itu berjaya meraih pendapatan lumayan dengan penghasilan perabot.
Semuanva bermula daripada hobi yang dicetus oleh ayahnya sendiri yang juga seorang guru.
“Seingat saya bila ada aset-aset daripada kayu nak lupuskan, ayah akan ambil dan mengajak saya untuk buka, pasang balik dan jadikan perabot baru. Dari situ bermulanya minat saya dalam dunia perkayuan, kata bekas penuntut Diploma Kesihatan dan Kecergasan dari Universiti Teknologi Mara (UITM) ini.
Berkongsi lanjut, Liyana berkata, tekadnya menjalankan perniagaan perabot bermula dengan menghasilkan meja kopi bagi kegunaan sendiri pada tahun 2016. Hasil rekaan itu menambat hati individu lain untuk membeli dan disusuli dengan tempahan pelanggan lain.
“Setiap bulan saya menerima lima ke enam tempahan sepanjang 2016. Pada 2017, salah seorang kawan bertanya adakah saya nak buat betul-betul atau sekadar suka-suka?
“Saya cakap, saya buat sebab nak gembira dan puaskan hati saja tetapi dia kata hasil keria saya boleh dibawa ke tengah,” katanya.
Mendapat inspirasi dan semangat itu, Livana menjadikan hobinya itu sebagai permiagaan dengan membuat promosi dalam talian secara konvensional jaitu hebahan secara organik hingga berjaya meraih RM250,000 dalam masa setahun.
Ketika produk DoctorKayu semakin berkembang, wabak Covid-19 menular dunia hingga menjejaskan perniagaannya dan terpaksa ditutup sementara selama enam bulan.
“Tetapi dalam tempoh itu sava masih membayar kos sewaan dan gaji kakitangan tetapi masuk ke fasa ketujuh pandemik, pendapatan saya cuma RM500. Ketika itu saya tertanya-tanya bagaimana nak bantu kelangsungan hidup kakitangan?
“RM500 buat saya tak tidur malam, sangat down sebab nak bayar gaji pun tak lepas. Sampai satu tahap rasa nak tutup syarikat.
“Lalu saya mengajak kawan baik saya untuk merangka balik strategi dan mencari jalan menyelamatkan syarikat supaya boleh bertahan dalam pandemik. Kalau saya layan kemurungan, rasanya saya dah lama tutup kedai.”
Sehubungan itu katanya, model perniagaannya ditukar dengan menghasilkan produk yang lebih kreatif dan menarik. Produk pertama dihasilkan adalah jam dinding kelab-kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) dan tanpa dijangka dalam tempoh tiga bulan, permintaannya luar biasa.
Perniagaan beliau berkembang semula setelah mendapat bimbingan melalui Online Onboarding Coaching Programme (E-Board) dari Institut Keusahawanan Negara (INSKEN).
“Di INSKEN saya diberi latihan selama tiga bulan. Jualan saya meningkat dari tiga digit kepada lima digit dan yang penting syarikat boleh bayar gaji serta operasi lain.”
Saya bukan sasar untuk jadi jutawan tetapi asbab untuk bantu orang lain yang terkesan dengan pandemik, sepanjang tahun 2020 saya menyertai banyak kelas bimbingan anjuran INSKEN dan saya antara Success Story selepas jualan meningkat 4000%.
“Sampai sekarang saya masih bersemangat dan mencari peluang untuk lebih maju ke depan,” katanya yang kini berjaya mencapai RM65,000 sebulan.
Perniagaan DoctorKayu Kini bertambah ampuh dengan kreativiti menghasilkan 1,000 produk kayu baharu setiap bulan menggunakan lima buah mesin memproses. Antaranya papan rehal, potret jam dinding, bingkai berdiri dan kad ucapan bermula dengan harga RM50 hingga ke RM1,000.
“Setiap tiga bulan kami keluarkan produk baharu. Saya perlu merangka dan menyusun strategi untuk berjaya berdasarkan visi dan misi yang jelas. Sekarang, saya dalam proses merangka pembangunan dari segi pemasaran, sumber manusia dan operasi.
“Tiga elemen ini membantu saya maju ke depan dan INSKEN memang betul-betul membantu saya mengenal persona seseorang pelanggan.
“1,000 produk sebulan kami hasilkan dan kami ada ‘365 mindset’ di mana setiap hari ada saja benda baharu yang kami belajar dan buat, yang pasti harga mampu milik. Kualiti kayangan harga mesra poket suami,” katanya yang telah mempunyai tujuh pekerja.