- Pilot buat persediaan rapi sebelum terbang. Pastikan fail flight plan dengan DCA. Dapat taklimat pra-penerbangan. Minyak mencukupi. Buat pemeriksaan fizikal pada badan kapalterbang. Usahawan pun begitu. Pastikan ada business plan sebelum memulakan bisnes. Buat dan validate business model. Tentukan ada modal dan perbelanjaan keluarga yang memadai sebelum berhenti kerja dan buat bisnes.
- Pilot akan pastikan semua orang bersedia sebelum terbang. Pramugari mesti duduk sehinggalah lampu keselamatan dipadamkan. Apabila nak terjun ke dunia bisnes, pastikan keluarga dan kawan-kawan faham apa yang kita nak lakukan. Sekiranya ada masalah, merekalah yang boleh beri sokongan dan menjadi tempat rujukan.
- Sewaktu 10 minit pertama tinggal landas (take off) adalah waktu yang cukup kritikal dalam penerbangan. Pilot lebih berwaspada pada tahap ini jika dibandingkan apabila kapalterbang sudah mencapai “crusing level.” Dalam bisnes, tiga tahun pertama cukup penting. Ikat perut. Fokus. Usah sembang kencang.
- Walaupun kapalterbang dibuat untuk tahan gegaran dan gelora udara (turbulence), sedapat mungkin pilot akan mengelak kawasan tersebut. Dalam bisnes, usahawan mesti belajar menguruskan risiko. Seperti pilot, usahawan juga hendaklah mengelak “kawasan” bermasalah. Usah ambil risiko bodoh.
- Pilot akan terbang dalam lingkungan dua jam dari lapangan terbang yang dia boleh mendarat jika berlaku kecemasan. Minda pilot dilatih untuk sentiasa berwaspada dan ada “exit plan” jika berlaku sesuatu perkara yang tak diingini. Usahawan juga mesti ada “exit plan” supaya kita tahu apa nak buat jika apa yang kita rancang tak menjadi.