Image Alt

5 ANGKA SEBULAN – KAKITANGAN AWAM URUS KELULUT SECARA SAMBILAN

  /  5 ANGKA SEBULAN – KAKITANGAN AWAM URUS KELULUT SECARA SAMBILAN

Ketika ditugaskan memantau projek petani yang mengusahakan madu kelulut, kakitangan awam ini tertarik hingga membuka matanya terhadap industri yang dirasakan sangat berpotensi dan mampu untuk beliau ceburi secara serius dalam perniagaan tersebut. Sikapnya yang suka mencuba, akhirva membawa perubahan drastik ke dalam hidup Azeman Samiun, 41, apabila dari satu sarang kini bertambah lebih 200 sarang dan mampu mengeluarkan produk keluarannya sendiri di bawah syarikat DB Semanis Madu Trading. Lelaki asal Pasir Puteh, Kelantan yang mengusahakan perniagaan kelulut di perkarangan rumahnya di Kampung Telosan itu turut merancang mengambil cuti tanpa gaji selama enam bulan tahun 2022 bagi memberi tumpuan sepenuhnya kepada bisnes madu kelulut yang telah dikomersialkan di seluruh negara. “Pada awal dulu saya beli satu sarang dengan harga RM50 daripada hunter (pemburu) kelulut yang dibantu  arwah ayah mentua. Lama kelamaan apabila saya melihat kelulut mampu menjana pendapatan lumayan, saya mula serius dan membeli lebih banyak lagi sarang.”

 

“Saya memproses sendiri sarang daripada sarang mentah sehingga siap pemasangan topping yang diletakkan di halaman rumah seluas lebih kurang setengah ekar dan menyewa tanah jiran sebelah. Dulu pada 2013, saya beli hanya pada harga RM50 satu sarang mentah tetapi sekarang harganya bermula RM200 sebuah,” katanya berdasarkan pengalaman beliau yang membeli sendiri melalui pemburu kelulut sekitar negeri Kelantan. Sebagai seorang Pegawai Pertanian di Kota Bharu, beliau akui mempunyai ilmu dalam bidang pertanian dan tahu serba sedikit mengenai kelulut kerana pernah terlibat secara terus dengan pengusaha kelulut sebelum beliau turut terjebak sama. Bagaimanapun untuk ilmu bisnes, beliau mengakui masih lagi belajar sehingga sekarang terutama untuk pemasaran secara online dalam norma baharu hari ini. Oleh itu, beliau mengambil keputusan untuk menyertai Onboarding Online Coaching Programme (E-Board) anjuran Institut Keusahawanan Negara (INSKEN) bagi memantapkan teknik pemasaran menggunakan Facebook.

 

“Sekarang saya lebih fokus kepada pemasaran berbayar dalam talian termasuk Facebook Ads supaya madu kelulut keluaran DB Semanis Madu ini dikenali dan mendapat sambutan. Alhamdulillah dengan kepercayaan pelanggan dan harga yang berbaloi, madu kelulut yang dipasarkan mendapat sambutan sangat tinggi terutama di Lembah Klang.” katanya yang kini fokus kepada pemasaran dalam talian sahaja.'”

Azeman berkata, jika dahulu hanya penduduk setempat sahaja yang mendapatkan madu kelulutnya, tetapi kini setelah ia tersebar, pendapatan beliau mencecah lima angka sebulan. Ditanya mengenai pembahagian waktu bekeria dan bisnes kerana dilakukan dalam masa yang sama, beliau berkata, dia menggaji seorang pekerja untuk memantau sarang kelulut dan akan mengupah seorang lagi pekerja sambilan apabila tiba waktu menuai. Melalui pendekatan begitu, waktu bekerja beliau atau tumpuan terhadap karier sebagai pegawai pertanian tidak terabai kerana bisnes kelulut tidak memerlukan pemantauan rapi berbanding jenis pertanian lain.

 

“Saya akan pastikan kerja-kerja di pejabat disiapkan seperti biasa dan hanya memberi tumpuan untuk kelulut pada hujung minggu sahaja.” katanya yang merancang  untuk memasarkan produk-produk berasaskan kelulut pada tahun depan selain merancang menjadikan perkarangan rumahnya sebagai tempat lawatan peminat atau pelanggan kelulut. Minat dan mahir dalam bidang landskap memberi satu kelebihan buat beliau apabila segalanya dilakukan sendiri mengikut citarasanya untuk mencantikkan lagi Rumah Kelulut miliknya. Beiau bersyukur, orang di sekelilingnva termasuk keluarga, sahabat dan rakan sekerja banyak menyokong dan memahami minat beliau dalam perniagaan kelulut. Katanya, beliau tidak akan berhenti untuk menyebarkan manfaat madu kelulut kepada orang ramai supaya kekal sihat dengan pengambilan madu sebagai rutin harian mereka.

 

 

2 Ya, amat menarik dan berguna
Tidak, ia kurang
×
Adakah anda telah hadiri kelas Dropship 101?

Kursus Asas Keusahawanan (KAK)

Khas untuk usahawan-usahawan yang ingin menceburkan diri dalam alam perniagaan atau yang memerlukan Refresher Course, dapatkan gambaran awal mengenai bisnes bersama kami di INSKEN!

Program ini akan membantu anda menguasai perkara asas di dalam bidang keusahawanan melalui lapan modul utama yang akan memberi manfaat kepada bisnes anda. Ilmu yang akan diperolehi boleh membantu anda memulakan bisnes dengan betul dan meneruskan kelangsungan bisnes anda.

KAK akan diadakan di beberapa lokasi seperti berikut:

Kuala Terengganu
Tarikh: 17-18 Jun 2023
Pendaftaran: www.rebrand.ly/KAK_2306

2. Melaka
Tarikh: 22-23 Julai 2023
Pendaftaran: www.rebrand.ly/KAK_2307

3. Kota Penampang, Sabah
Tarikh: 29-30 Julai 2023
Pendaftaran:www.rebrand.ly/KAK_2308

#inskenofficial
#jomjoininsken
#inskenprihatin
#keluargausahawan
...

Kursus Asas Keusahawanan (KAK)

Khas untuk usahawan-usahawan yang ingin menceburkan diri dalam alam perniagaan atau yang memerlukan Refresher Course, dapatkan gambaran awal mengenai bisnes bersama kami di INSKEN!

Program ini akan membantu anda menguasai perkara asas di dalam bidang keusahawanan melalui lapan modul utama yang akan memberi manfaat kepada bisnes anda. Ilmu yang akan diperolehi boleh membantu anda memulakan bisnes dengan betul dan meneruskan kelangsungan bisnes anda.

KAK akan diadakan di beberapa lokasi seperti berikut:

Kuala Terengganu
Tarikh: 17-18 Jun 2023
Pendaftaran: www.rebrand.ly/KAK_2306

2. Melaka
Tarikh: 22-23 Julai 2023
Pendaftaran: www.rebrand.ly/KAK_2307

3. Kota Penampang, Sabah
Tarikh: 29-30 Julai 2023
Pendaftaran:www.rebrand.ly/KAK_2308

#inskenofficial
#jomjoininsken
#inskenprihatin
#keluargausahawan
...

INSKEN ingin memperkenalkan satu lagi industri baharu yang ditawarkan untuk Program IBBC iaitu Kraf & Hiasan.

Anda sedang menjalankan perniagaan tembikar, anyaman, tenunan, batik, ukiran, tekat atau apa sahaja yang berkaitan dengan kraf dan hiasan andalah yang kami cari!

Industry Coach akan memberikan bimbingan kepada anda selama 4 bulan untuk meningkatkan hasil jualan minima 20%

Program IBBC Kraf & Hiasan akan bermula pada 10 Julai 2023. Jika anda berminat, daftar segera di www.rebrand.ly/INSKEN_IBBC

#JomJoinINSKEN
#inskenofficial
#inskenprihatin
#keluargausahawan
...

Macam mana nak jaga pelanggan? Ini antara yang korang kena buat:

1. Melaksanakan sistem automasi untuk aktiviti pemasaran
2. Merancang pelan Komunikasi pelanggan
3. Memanfaatkan 3 alat database
4. Menggunakan teknik asas database marketing

Kalau tak tahu nak buat semua ni, jom sertai Program Pengurusan Pelanggan Untuk Perniagaan Kecil yang akan diadakan pada:

Tarikh: 6-7 Jun 2023
Tempat: Ancasa Hotel, Kuala Lumpur
Pendaftaran: www.rebrand.ly/CRM_2301

#inskenofficial
#jomjoininsken
#inskenprihatin
#keluargausahawan
...

Kursus Asas Keusahawanan (KAK) adalah program 2 hari direka khas untuk usahawan-usahawan yang ingin menceburkan diri dalam alam perniagaan atau yang memerlukan Refresher Course.

Apa yang dapat dipelajari dari program ini?

☑️ Ketahui kepentingan pendaftaran bisnes dan hala tuju bisnes yang jelas
☑️ Pengurusan Organisasi Bisnes dan Pelan Tindakan yang efektif
☑️ Pelajari Tips Bina Jenama melalui teknik pemasaran yang berkesan
☑️ Mendalami serta menguasai produk atau servis melalui SWOT Analysis
☑️ Mengurus simpan kira bisnes dan mengenalpasti untung rugi bisnes anda

Yuran pendaftaran hanya RM300 termasuk penginapan dan makan minum perserta.

Tidak lupa juga PERCUMA buku panduan asas usahawan INSKEN (PadU). Pada yang berminat, boleh mendaftar di:

Kursus Asas Keusahawanan (KAK)
Tarikh: 17-18 Jun 2023
Tempat: Kuala Terengganu
Pendaftaran: www.rebrand.ly/KAK_2306

Daftar segera kerana tempat adalah terhad!

#inskenofficial
#inskenprihatin
#keluargausahawan
#jomjoininsken
...

This error message is only visible to WordPress admins
There has been a problem with your Instagram Feed.
@inskenofficial
Insken Facebook Messenger

Facebook