Bercakap dengan 10 orang, kita akan dapat 10 statistik bisnes bungkus. Masing-masing memetik sumber yang sahih (kata mereka). Ada yang kata sembilan dari 10 bungkus dalam tahun pertama.
Begitu sekali!
Statistic Brain Research Institute menyebutkan 75% bisnes bertahan pada tahun pertama, 64% sampai ke tahun kedua, dan 56% sehingga tahun ketiga.
Menggunakan data ini, majoriti bisnes bertahan untuk beberapa tahun pertama. Not bad-lah.
Apakah punca bisnes bungkus? Statistic Brain memberikan tiga alasan utama:
1. 46% disebabkan tidak ada kemahiran berbisnes.
Dalam bahasa Inggeris disebut “incompetence.” Secara spesifik usahawan tidak tahu menetapkan harga, tidak pandai menguruskan kewangan, tidak ada perancangan dan gagal mengawal kos bisnes.
2. 30% tidak mempunyai kemahiran pengurusan bisnes.
Ada yang berkembang terlalu cepat sehingga ia menjadi di luar kawalan.
3. 11% ketiadaan pengalaman dalam bidang bisnes yang diceburi.
Akibatnya, mereka tidak mengenali pembekal yang baik dan gagal membuat inventori produk yang betul.
Selebihnya disebabkan kecuaian, bencana atau kecurian.
Kedai runcit dan kedai makan adalah dua bisnes yang disebutkan mempunyai kadar bisnes bungkus yang tinggi.