Rancangan perniagaan atau business plan adalah blueprint, menjadi pemandu kepada bagaimana kita menjalankan bisnes.
Ada tiga kesilapan yang selalu kita buat dalam menyediakan rancangan perniagaan.
(1) Terlalu fokus kepada idea hebat sampai kurang berikan perhatian kepada bagaimana melaksanakan idea tersebut. Dalam bahasa mudah, rancangan perniagaan kita banyak mengandungi “apa,” tetapi sebenarnya “bagaimana” melaksanakannya.
(2) Kurang perhatian kepada aliran tunai dan untung rugi. Atas kertas, perniagaan nampak untung dan sentiasa ada duit tetapi sebenarnya tidak. Banyak bisnes yang nampak untung tetapi tumbang disebabkan masalah aliran tunai dan tidak membuat unjuran jualan dengan betul.
(3) Menggunakan perkataan besar tetapi tidak spesifik. Contoh, perkataan “pertumbuhan besar” nampak gah tetapi tidak ada makna. Dalam rancangan perniagaan, tuliskan “pertumbuhan 30%” yang lebih spesifik.
Rancangan perniagaan perlu ringkas, jelas dan padat. Usahawan perlu memastikan rancangan perniagaan yang disediakan dijadikan panduan dalam perniagaan
Jika Tuan dan Puan berminat nak tahu lebih lanjut ataupun hendak kemaskini rancangan perniagaan. Kami sangat mengalu-alukan kehadiran Tuan/Puan, seperti berikut
Tarikh Kursus: 13hb – 14hb Ogos 2022
Yuran: RM250.00 (termasuk makan minum dan penginapan)
Lokasi: Port Dickson, Negeri Sembilan
Link pendaftaran: Kursus INSKEN Rancangan Perniagaan