1. Pastikan duit cukup dalam bank. Sekiranya ada masalah aliran tunai atau kecairan, selesaikan segera. Buat bisnes tak ada duit sama seperti bawa kapal terbang tak ada minyak.
2. Apabila bisnes ada masalah, perkara pertama yang perlu dicari ialah cermin. Orang dalam cermin itulah punca masalah – usah cepat salahkan pekerja, rakan kongsi atau pelanggan.
3. Staf bukan budak-budak. Atau, tukang bancuh kopi. Usah buat mereka seperti budak suruhan. Layani mereka secara profesional.
4. Ingat dua perkataan – meritokrasi dan nepotism. Banyak bisnes bungkus apabila usahawan gagal amalkan meritokrasi. Usah amalkan nepotism atau favouritism dalam bisnes sendiri.
5. Aset paling bernilai dalam bisnes ialah harta intelek. Pastikan kita lindungi harta intelek sehabis-habisnya. Lawan, kalau perlu.
6. Belajar baca dan menulis perjanjian. Rekodkan semua urusan sama ada dengan staf atau dengan vendor.
7. Uruskan bisnes secara bisnes. Usah uruskan bisnes macam kita uruskan rumahtangga. Oh ya, usah pula uruskan rumahtangga macam uruskan bisnes. Kedua-dua entiti ini perlukan cara pengurusan yang berbeza.
8. Ambil tahu urusan kewangan secara luar dan dalam. Pastikan ada rekod kewangan yang baik, tahu jualan dan kos operasi, serta percukaian. Usah serahkan kepada pihak ketiga sepenuhnya.
9. Tahu bila nak transparen dan bila nak berahsia. Banyak perkara elok disimpan saja dan tak perlu diceritakan kepada staf. Walau bagaimanapun niat baik kita, sesetengah mereka tak akan faham.
10. Belajar apa yang kita tidak tahu. Usah sombong dan berlagak pandai. Ilmu kita tak banyak mana pun.