1. Berbangga. Anda telah mencuba. Ramai yang ada idea tapi tak berani buat seperti anda.
2. Gembira. Anda dalam kumpulan majoriti. Dari kalangan orang buat bisnes, hanya sebilangan kecil bisnes menjadi. Mereka minoriti.
3. Bersyukurlah, anda tahu menarik brek untuk berhenti pada waktunya. Berhenti seketika bukan bermaksud mengalah. Tarik nafas, sambung semula perjalanan.
4. Belajar skil pengucapan awam, jadi penceramah motivasi. Kongsikan pengalaman jatuh bangun. Orang jemu dengar kisah kejayaan sahaja. Buku “Dare to Fail” ditulis oleh calon kalah pilihanraya.
5. Tulis buku, artikel di akhbar atau blog. Kongsi pengalaman yang ada. Ilmu elok dikongsi, walaupun ilmu bisnes tak menjadi. Orang lain boleh belajar bagaimana untuk tidak jatuh lubang yang sama seperti anda.
6. Kongsi ilmu, jadi konsultan. Atau, trainer. Bisnes tak menjadi adalah satu pengalaman yang cukup bernilai. Ramai orang jadi konsultan bisnes tanpa pernah buat bisnes. Anda ada kelebihan.
7. Buat bisnes lain. Kebanyakan bisnes kali pertama adalah cubaan saja. Testing, testing. Terokai bisnes lain pula.
8. Berjogging. Pergi surau. Selama berhempas pulas dalam bisnes, anda mungkin tak ada masa untuk diri sendiri. Manfaatkan masa selepas bisnes bungkus untuk diri sendiri.
9. Berehat. Bawa bertenang seketika. Pergi bercuti. Panjat gunung. Pergi memancing. Cari idea untuk bisnes baru.
10. Cuba lagi. Sebahagian besar usahawan tidak berjaya pada kali pertama. Mereka berjaya pada kali kedua atau ketiga. Atau, kesepuluh.
Norizan Sharif
Pengarah Eksekutif
Institut Keusahawanan Negara (INSKEN)