Jom belajar teknik asas untuk mula menjual dalam platform Shopee. Dengar sendiri daripada pegawai Shopee tentang tips untuk berjaya menggunakan platform yang menawarkan pakej penghantaran percuma.
• Ketahui persona dan trend berbelanja melalui platform atas talian
• Strategi menentukan harga yang betul untuk memaksimakan keuntungan
MASA
2:00pm – 4:00pm : Masterclass Session
YURAN LATIHAN
RM20
TERMA DAN SYARAT
- Program adalah terhad kepada 50 orang sahaja
- Pendaftaran dan pembayaran program hanya boleh dibuat melalui portal INSKEN
- Pendaftaran tanpa bayaran tidak akan dikira
- Bayaran pendaftaran (RM20) tidak akan dikembalikan sekiranya peserta gagal untuk menghadiri program
- Sebarang penukaran program melalui bayaran yang telah dibuat untuk program lain adalah tidak dibenarkan
- INSKEN berhak menukar sebarang maklumat program tanpa perlu memaklumkan kepada individu yang sudah atau yang belum berdaftar terlebih dahulu
- INSKEN tidak akan menanggung sebarang perbelanjaan, melainkan yang telah dinyatakan seperti di atas
- Kami boleh menggunakan Maklumat Peribadi yang diberikan untuk menghantar kepada anda maklumat tentang program, surat berita, borang tinjauan, soal selidik pelanggan atau apa-apa maklumat yang dirasakan berkenaan dengan anda, oleh INSKEN atau pihak ketiga yang diberi kuasa oleh INSKEN, melalui WhatsApp, SMS, pos atau e-mel melainkan anda telah menyatakan bahawa anda tidak mahu menerima bahan sedemikian
Venue
Google Meet
Organizer
Institut Keusahawanan Negara Berhad (INSKEN)