Image Alt

KESAN PANDEMIK COVID-19 KEPADA USAHAWAN

  /  KESAN PANDEMIK COVID-19 KEPADA USAHAWAN

Hampir setahun penularan pandemik Covid-19 melanda dunia dan tiada siapa yang dapat menjangka bahawa ia akan meninggalkan kesan yang besar terhadap landskap ekonomi dunia. Malaysia sendiri antara negara yang segera bertindak dengan melaksanakan Penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) hampir tiga bulan bermula 13 Mac hingga 3 Mei lalu bagi membendung penularan wabak tersebut.

 

Pelaksanaan PKP telah menyebabkan sektor ekonomi negara lumpuh seketika dan banyak industri dan perniagaan turut menerima kesan. Usahawan juga turut menerima tempias apabila perniagaan mereka tidak dapat beroperasi seperti biasa.

 

Penularan pandemik Covid-19 dilihat masih tidak dapat dikawal dan pihak kerajaan masih melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan di bbeberapa kawasan bagi membendung masalah tersebut.

 

Bagi mengulas lanjut mengenai kesan pandemik Covid-19 kepada usahawan secara keseluruhan, wartawan Kosmo! Ahad, Farid Ahmad Tarmiji berkesempatan mewawancara Ketua Pegawai Eksekutif, Institut Keusahawanan Negara (INSKEN), Muhd Firdaus Azharuddin di pejabatnya di Cyberjaya, Selangor.

 


 

KOSMO! AHAD:
Sejauh manakah impak pandemik Covid-19 meninggalkan kesan terhadap usahawan? 

 

FIRDAUS:
Pandemik Covid-19 memberi dua impak yang berbeza terhadap usahawan di mana ada yang mencatatkan jualan yang melonjak dengan begitu tinggi dan ada yang perlu menelan kepahitan apabila jualan merudum. 

 

Pengumuman PKP yang dibuat dalam tempoh yang singkat pada waktu itu telah membuatkan usahawan terkejut dan kebanyakan tidak bersedia. Bagi usahawan yang mengikuti peredaran semasa jualan mereka dilihat meningkat  lebih tinggi berbanding biasa. 

 

Sebagai contoh usahawan dalam bidang berasaskan makanan dan minuman yang menggunakan platform digital di mana tempahan dan penghantaran boleh dilakukan secara online jualan mereka meningkat berbanding biasa. 

 

Ini kerana sewaktu PKP dilaksanakan pengguna tidak keluar dan banyak membeli melalui platform itu. Bagi usahawan  yang masih menggunakan kaedah yang lama jualan mereka ketika itu mungkin merudum. 

 

KOSMO! AHAD:
Usahawan dalam industri apakah yang terkesan akibat penularan pandemik Covid-19?

 

FIRDAUS:
Sewaktu PKP dilaksanakan kita perhatikan antara usahawan yang terkesan adalah mereka dalam industry perkahwinan. Usahawan-usahawan dalam industri perkahwinan seperti perancang perkahwinan, jurugambar, jurusolek, katering dan lain-lain lagi hilang pendapatan pada ketika itu.

 

Kini usahawan dalam industri perkahwinan juga masih terjejas jika PKP dilaksanakan di sesuatu tempat. Oleh itu, kita minta kerajaan membenarkan majlis perkahwinan diadakan dalam jumlah yang terhad kerana sedikit sebanyak membantu mereka menjana pendapatan dan merancakkan kitaran ekonomi.

 

Selain itu, usahawan yang mengusahakan kedai gunting rambut, spa dan kesihatan dan peruncitan juga terkesan pada waktu itu. 

 

Kini walaupun dalam tempoh untuk memulihkan kembali perniagaan mereka ini masih merasai kesannya kerana masing-masing masih perlu membayar bulanan untuk sewaan premis kerana tempoh moratorium sudah berakhir. 

 

KOSMO! AHAD:
Apakah langkah yang perlu dilakukan oleh usahawan sendiri yang terjejas akibat penularan pandemik Covid-19? 

 

FIRDAUS:
Usahawan perlu mengkaji kembali operasi perniagaaan mereka dan menyesuaikannnya mengikut kesesuaian dan keperluan semasa. 

 

Misalnya jika sebelum ini usahawan mendapat bekalan mentah dari luar negara dan menghadapi masalah penghantaran setelah pandemik ini melanda mereka boleh cuba mendapatkan bekalan ini dari dalam negara sendiri. 

 

Selain itu, kita lihat usahawan kelengkapan haji dan umrah ada yang cepat bertindak apabila mereka menjual buah kurma serta produk-produk berkaitan agama bagi memastikan perniagaan mereka terus boleh meneruskan operasinya. 

 

KOSMO! AHAD:
Apakah bantuan yang disalurkan oleh INSKEN dalam membantu usahawan di luar sana yang menerima tempias akibat pandemik tersebut? 

 

FIRDAUS:
Hari kedua setelah PKP dilaksanakan apa yang INSKEN lakukan adalah dengan mengadakan Facebook Live dan juga Webinar bersama usahawan. 

 

Kami mengadakan kelas-kelas pemasaran menggunakan platform Facebook, Whatssap, Instagram untuk usahawan cuba menggunakan kaedah ini bagi memasarkan produk mereka secara online. 

 

Selain itu, usahawan juga didedahkan dengan kelas penulisan dan teknik mengambil gambar dengan menggunakan telefon pintar. 

 

Hampir 300 kelas diadakan secara Facebook Live dan Webinar dan lebih 6,000 usahawan turut terlibat. Kami di INSKEN juga turut menjemput usahawan lain yang mempunyai kepakaran yang lebih dan menerangkan bagaimana cara mereka meneruskan operasi ketika  berhadapan situasi tersebut.

 

KOSMO! AHAD:
Boleh jelaskan mengenai program yang dilaksanakan INSKEN dalam membudayakan keusahawan dalam kalangan rakyat Malaysia? 

 

FIRDAUS:
Antara program yang INSKEN lancarkan dan laksanakan adalah kursus asas keusahawanan. Kami mahu memastikan mereka mereka menjadi usahawan yang betul dan bukan sekadar mengikut trend semasa.

 

Dalam tahun ini INSKEN telah mengadakan lebih 54 kelas asas  keusahawanan kepada mereka yang berminat menjadi usahawan. Sebenarnya masih terdapat usahawan-usahawan yang kurang asas keusahawanan dan kami cuba melengkapi mereka dengan ilmu-ilmu yang penting. Kelas-kelas asas keusahawan ini merangkumi pelbagai cabang antaranya dari segi elemen pemasaran, jualan, ejen dan lain-lain lagi. 

 

Kami menggunakan medium media sosial untuk mewar-warkan tentang kelas yang dianjurkan oleh INSKEN dan maklumbalas yang diterima  amat baik sekali. Kelas-kelas ini walaupun kini terpaksa dianjurkan secara Webinar, tetapi penyertaanya sentiasa penuh. 

 

KOSMO! AHAD:
Bagaimana INSKEN melihat belanjawan yang dibentangkan baru-baru ini adakah ia memberi manfaat kepada golongan usahawan di luar sana? 

 

FIRDAUS:
Belanjawan yang dibentangkan baru-baru ini merupakan kesinambungan terhadap inisiatif-inisiatif yang telah dilaksanakan oleh kerajaan sebelum ini dalam membantu golongan yang terjejas termasuklah usahawan. 

 

Kita lihat sebelum ini kerajaan telah mengumumkan Bantuan Prihatin dan PENJANA serta insentif-insetif lain seperti bantuan subsidi upah dan lain-lain lagi telah membantu usahawan yang terjejas. Usahawan juga turut dibantu melalui pemberian geran khas bagi membolehkan mereka meneruskan operasi.

 

Apa yang penting usahawan perlu berdaftar dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) bagi membolehkan bantuan-bantuan ini sampai kepada mereka. Apa yang INSKEN perhatikan ada sebilangan kecil usahawan yang takut untuk mendaftar dengan LHDN kerana takut dikenakan cukai dan akibatnya mereka terlepas daripada menerima bantuan tersebut. Usahawan perlu faham tentang struktur percukaian dan tidak semua usahawan akan dikenakan cukai. 

 

KOSMO! AHAD:
Apa pandangan INSKEN mengenai keputusan Kementerian Wilayah Persekutuan yang memberi ruang kepada usahawan berniaga di Wilayah Bebas Berniaga? 

 

FIRDAUS:
Dari satu sudut inisiatif ini membuka peluang kepada mereka yang terjejas sumber pendapatan untuk menjadi usahawan dan memulakan perniagaan. Tetapi apa yang menimbulkan kerisauan adalah jika ramai peniaga umpama cendawan tumbuh selepas hujan ia akan memberi kesan negatif terhadap usahawan sedia ada. 

 

Usahawan sedia ada ini perlu membayar kos-kos operasi seperti sewaan kedai, bayaran upah pekerja dan sebagainya. Berdasarkan data hampir 65 peratus peluang pekerjaan adalah datang daripada usahawan kecil dan sederhana. Jika perniagaan mereka terjejas ini akan menyebabkan jumlah pengangguran akan bertambah.

 

KOSMO! AHAD:
Apakah perancangan masa hadapan yang direncanakan oleh INSKEN?

 

FIRDAUS:
Kami di INSKEN akan terus memberi sokongan terhadap usahawan dengan menekankan aspek pendigitalan. Usahawan harus berubah dan menggunakan sepenuhnya transformasi pendigitalan terhadap perniagaan mereka kerana ia dapat meningkatkan jualan serta mengurangkan kos operasi. Selain itu, kami juga akan sentiasa secara berterusan memberi latihan dan bimbingan kepada usahawan. 

 

Jika sekadar latihan sahaja ia tidak mencukupi sebaliknya perlu disertakan dengan bimbingan bagi memastikan usahawan ini sentiasa berada di landasan yang betul. Usahawan-usahawan yang berjaya akan dilantik menjadi Industri Coach dalam memberi bimbingan kepada usahawan lain.

27 Ya, amat menarik dan berguna
6 Tidak, ia kurang
×
Adakah anda telah hadiri kelas Dropship 101?

Kursus Asas Keusahawanan (KAK)

Khas untuk usahawan-usahawan yang ingin menceburkan diri dalam alam perniagaan atau yang memerlukan Refresher Course, dapatkan gambaran awal mengenai bisnes bersama kami di INSKEN!

Program ini akan membantu anda menguasai perkara asas di dalam bidang keusahawanan melalui lapan modul utama yang akan memberi manfaat kepada bisnes anda. Ilmu yang akan diperolehi boleh membantu anda memulakan bisnes dengan betul dan meneruskan kelangsungan bisnes anda.

KAK akan diadakan di beberapa lokasi seperti berikut:

Kuala Terengganu
Tarikh: 17-18 Jun 2023
Pendaftaran: www.rebrand.ly/KAK_2306

2. Melaka
Tarikh: 22-23 Julai 2023
Pendaftaran: www.rebrand.ly/KAK_2307

3. Kota Penampang, Sabah
Tarikh: 29-30 Julai 2023
Pendaftaran:www.rebrand.ly/KAK_2308

#inskenofficial
#jomjoininsken
#inskenprihatin
#keluargausahawan
...

Kursus Asas Keusahawanan (KAK)

Khas untuk usahawan-usahawan yang ingin menceburkan diri dalam alam perniagaan atau yang memerlukan Refresher Course, dapatkan gambaran awal mengenai bisnes bersama kami di INSKEN!

Program ini akan membantu anda menguasai perkara asas di dalam bidang keusahawanan melalui lapan modul utama yang akan memberi manfaat kepada bisnes anda. Ilmu yang akan diperolehi boleh membantu anda memulakan bisnes dengan betul dan meneruskan kelangsungan bisnes anda.

KAK akan diadakan di beberapa lokasi seperti berikut:

Kuala Terengganu
Tarikh: 17-18 Jun 2023
Pendaftaran: www.rebrand.ly/KAK_2306

2. Melaka
Tarikh: 22-23 Julai 2023
Pendaftaran: www.rebrand.ly/KAK_2307

3. Kota Penampang, Sabah
Tarikh: 29-30 Julai 2023
Pendaftaran:www.rebrand.ly/KAK_2308

#inskenofficial
#jomjoininsken
#inskenprihatin
#keluargausahawan
...

INSKEN ingin memperkenalkan satu lagi industri baharu yang ditawarkan untuk Program IBBC iaitu Kraf & Hiasan.

Anda sedang menjalankan perniagaan tembikar, anyaman, tenunan, batik, ukiran, tekat atau apa sahaja yang berkaitan dengan kraf dan hiasan andalah yang kami cari!

Industry Coach akan memberikan bimbingan kepada anda selama 4 bulan untuk meningkatkan hasil jualan minima 20%

Program IBBC Kraf & Hiasan akan bermula pada 10 Julai 2023. Jika anda berminat, daftar segera di www.rebrand.ly/INSKEN_IBBC

#JomJoinINSKEN
#inskenofficial
#inskenprihatin
#keluargausahawan
...

Macam mana nak jaga pelanggan? Ini antara yang korang kena buat:

1. Melaksanakan sistem automasi untuk aktiviti pemasaran
2. Merancang pelan Komunikasi pelanggan
3. Memanfaatkan 3 alat database
4. Menggunakan teknik asas database marketing

Kalau tak tahu nak buat semua ni, jom sertai Program Pengurusan Pelanggan Untuk Perniagaan Kecil yang akan diadakan pada:

Tarikh: 6-7 Jun 2023
Tempat: Ancasa Hotel, Kuala Lumpur
Pendaftaran: www.rebrand.ly/CRM_2301

#inskenofficial
#jomjoininsken
#inskenprihatin
#keluargausahawan
...

Kursus Asas Keusahawanan (KAK) adalah program 2 hari direka khas untuk usahawan-usahawan yang ingin menceburkan diri dalam alam perniagaan atau yang memerlukan Refresher Course.

Apa yang dapat dipelajari dari program ini?

☑️ Ketahui kepentingan pendaftaran bisnes dan hala tuju bisnes yang jelas
☑️ Pengurusan Organisasi Bisnes dan Pelan Tindakan yang efektif
☑️ Pelajari Tips Bina Jenama melalui teknik pemasaran yang berkesan
☑️ Mendalami serta menguasai produk atau servis melalui SWOT Analysis
☑️ Mengurus simpan kira bisnes dan mengenalpasti untung rugi bisnes anda

Yuran pendaftaran hanya RM300 termasuk penginapan dan makan minum perserta.

Tidak lupa juga PERCUMA buku panduan asas usahawan INSKEN (PadU). Pada yang berminat, boleh mendaftar di:

Kursus Asas Keusahawanan (KAK)
Tarikh: 17-18 Jun 2023
Tempat: Kuala Terengganu
Pendaftaran: www.rebrand.ly/KAK_2306

Daftar segera kerana tempat adalah terhad!

#inskenofficial
#inskenprihatin
#keluargausahawan
#jomjoininsken
...

This error message is only visible to WordPress admins
There has been a problem with your Instagram Feed.
@inskenofficial
Insken Facebook Messenger

Facebook