16 Aug, 2019
1. Rancang. Buat road map. Buat kajian pasaran, pengguna dan produk. Buat business plan. Uji dan uji business model.
2. Buat persediaan. Belajar ilmu bisnes. Cari modal. Pastikan ada perbelanjaan diri dan keluarga untuk beberapa bulan awal bisnes. Berkawan dengan usahawan, kelilingi orang yang bercakap dan buat bisnes.
3. Buat. Buat. Buat. Perancangan perlu, tetapi usah merancang sampai tak buat-buat.
4. Tabah. Apabila diuji usah cepat mengalah. Sekiranya jatuh, bangun kembali. Apabila dikritik, bersikap terbuka. Usah berhati tisu.
5. Doa. Sentiasa ingat Allah dan memohon kepada-Nya. Walau bagaimana kita rasa kita hebat sekalipun, usah menjauhi diri dari Allah swt.