1. Kenapakah saya nak memulakan bisnes?
2. Apakah bisnes yang saya nak mulakan?
3. Bagaimanakah prestasi semasa industri tersebut?
4. Apakah produk atau perkhidmatan yang bakal ditawarkan?
5. Siapakah bakal pelanggan dan bagaimanakah produk atau perkhidmatan yang ditawarkan ini menyelesaikan “masalah” mereka?
6. Adakah saya sudah membuat kajian pasaran untuk produk atau perkhidmatan yang ditawarkan?
7. Berapakah banyak masa yang saya sanggup korbankan untuk bisnes ini?
8. Apakah kaedah yang saya gunakan untuk letakkan harga?
9. Bagaimanakah harga produk atau perkhidmatan saya berbeza dengan pesaing?
10. Siapakah pesaing saya di pasaran sekarang?
11. Berapa lamakah pesaing berada di pasaran dan berapakah penguasaan pasaran mereka?
12. Apakah yang membezakan produk atau perkhidmatan ini berbanding produk dan perkhidmatan lain di pasaran?
13. Kenapakah pelanggan “mesti” beli produk saya dan bukan pesaing?
14. Apakah peralatan yang saya perlukan untuk memulakan bisnes ini dan bagaimanakah saya akan memperolehi peralatan tersebut?
15. Bagaimana saya mempromosikan produk atau perkhidmatan yang ditawarkan?
16. Apakah jenama yang saya gunakan?
17. Bagaimanakah saya melindungi jenama ini?
18. Apakah saluran yang saya gunakan bagi menjual produk atau perkhidmatan ini?
19. Di manakah bisnes saya akan beroperasi?
20. Adakah saya memerlukan pekerja? Sekiranya saya perlukan perkerja, berapa ramai dan dimanakah saya akan rekrut mereka?
21. Apakah bahan-bahan yang saya perlukan dan setakat manakah bahan-bahan tersebut mudah (availability) diperolehi di pasaran?
22. Apakah / Siapakah pembekal (supplier) yang saya perlukan?
23. Adakah pilihan pembekal lain sekiranya berlaku sesuatu kepada pembekal pilihan tersebut?
24. Berapakah modal (pembelian peralatan, bahan dan modal kerja) yang saya perlukan untuk memulakan bisnes?
25. Berapakah wang sendiri yang saya akan laburkan sebagai modal?
26. Adakah saya akan membuat pinjaman dari bank, agensi atau keluarga?
27. Berapakah masa yang saya perlukan untuk bangunkan produk atau perkhidmatan ini sebelum dapat menawarkan produk tersebut di pasaran?
28. Berapa lama masa yang saya perlukan sebelum mula dapat balik modal?
29. Adakah saya mempunyai sumber kewangan (bisnes dan peribadi) yang mencukupi untuk bertahan dalam tempoh tersebut?
30. Apakah struktur perundangan yang saya akan gunakan untuk pendaftaran perniagaan?
31. Apakah cukai dan fi yang saya perlu bayar?
32. Apakah caruman yang perlu dibuat (KWSP, SOCSO dll) untuk pekerja?
33. Apakah risiko dalam bisnes ini? Bagaimanakah saya menguruskan risiko tersebut? Apakah insuran yang saya perlukan untuk bisnes ini?
34. Siapakah yang akan membantu saya menguruskan bisnes ini?
35. Sekiranya apa yang dirancangkan tidak berjalan dengan baik, apakah tindakan yang akan saya lakukan?